Saya masih pragmatik; walau sering idealistik. Tapi yang penting saya Muslim walaupun pandangan politik saya cenderung liberal (tapi bila diuji sering konservatif!haha)
Memang kita akui ada pembangunan yang dilakukan BN, sesuai dengan tanggungjawabnya. Tapi pembangunan ala-BN ini untuk saya hodoh kerana....
1) Ada unsur korupsi yang menjadikan kita bayar lebih sebab perlu menampung kos-kos yang tak perlu. Natijahnya orang berebut jadi pemimpin kerana ada agenda tersembunyi! Sudahlah tu, rakyat yang menanggung kos berlebihan ini!
2) Pembangunan di Malaysia banyak yang tempang, kalau di zaman Pak Lah memang sangat banyak kita dengar cerita bangunan bocor, retak, tak selamat dan sebagainya.
3) Ada duit insyaAllah semua jadi. Tapi pembangunan ala-BN ini untuk saya terlalu bercirikan politik kepartian. Apa salahnya Kerajaan Pusat hormat rakyat yang pilih wakil selain dari BN dengan beri peruntukan yang patut diterimanya untuk memajukan kawasan?
4) BN tak boleh membezakan pembangunan untuk rakyat dan untuk parti. Tengok saja pembangunan awam untuk kemudahan rakyat seperti Balai Raya 'dirogol' oleh orang-orang (UMNO) terutamanya bagi tujuan politik parti mereka.
Maka, aku pilih selain BN kerana
1) Asas pembangunan BN terlalu bermotifkan sentimen politik parti, bukan sentimen pembangunan rakyat.
2) Asas pembangunan BN disertai tekanan kepada rakyat melalui 'sistem bayar lebih' dari apa yang sepatutnya. Ia tak ubah seperti tangan bersalam kaki menendang!
Nanti kita tengok angle lain pula Kenapa Selain BN!
Sunday, February 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment