
Dia mungkin antara pemerintah terlama memegang kuasa - hampir setengah abad. Dan dia kini telah meletakkan jawatannya - hanya kerana sakit.
Pada usia 81 tahun, Castro meninggalkan legasi pemerintahan 'komunis'nya. Dan 'komunis ala Castro' ini juga ditentang oleh rakan baiknya dulu Ernesto Che Guevara.
Dan seperti biasa, Bush yang sedang meniti penggal akhir 'khidmat'nya melaungkan demokrasi untuk diterapkan di Cuba.
Ada keanehan yang boleh dilihat di balik terma komunis, demokrasi dan tata negara jika kita rajin membelek banyak penulisan tentangnya. Semoga kita belajar untuk tidak lekas melambakkan serangan terhadap sesuatu yang kita tak pasti kerana peluru sesat selalunya mengena sasaran yang tidak sepatutnya!
* Dulu saat cuba menghadam cerita perjuangan Ernesto Che Guevara, ada satu video lucu yang menunjukkan Castro terpelecok semasa turun dari kapal terbang dan menyembah tanah! Dan yang paling terharu ialah mendengar dan membaca surat Che kepadanya.
No comments:
Post a Comment