Orientasi politik selalunya tidak kenal jalur kelabu. Begitu selalu dakwa aku. Yang ada dalam corak pemikiran orang politik ialah hitam dan putih. Sebenarnya corak pemikiran hitam dan putih ini bukan saja milik orang politik tetapi ramai lagi manusia yang nampak hidup ini hanya ada hukum haram dan halal, tidak ada selainnya.
Natijah dari fikiran begitu, lahirlah pelbagai kelompok yang selalunya mendakwa membawa obor perjuangan 'Islam sejati'. Demi menampakkan 'kesejatian Islam' mereka, maka usaha 'menyesatkan ketidaksejatian Islam' pihak lain harus jadi satu tindakan atau gerakan yang wajib diutamakan. Mana boleh kebenaran berpisah! Kebenaran hanya ada satu!
Jika kita tanya lebih mendalam, sebahagian besar mereka berkongsi makna kebenaran, namun sering memilih pendekatan yang berbeza atas keyakinan kepada pendekatan masing-masing. Itu juga selalu jadi isu - kononnya melemahkan gerakan Islam. Selalunya politik (baca : persoalan kuasa) mendominasi isu yang mahu dibincangkan.
Maka, dari hal rimas dengan cerita-cerita kecenderungan menyesatkan orang...
Lokasi : Dalam kereta aku untuk ke Komuter Kajang
Waktu : Hampir jam 12
(aku hantar kawan kerana perjalanan komuter telah tamat waktu itu)
Aku : Kenapa ya begitu?
Kawan 1 : Masing-masing takut syurga telah penuh, kot?
Kawan 2 : Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Friday, February 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment