Inisiatif telah diambil untuk melihat pandangan pengunjung terhadap isu pengharaman buku yang dilanjutkan dengan Kempen Sapere Aude - Jangan Haram Buku!
Hanya 27 pengunjung yang memberi respon, sebahagiannya memilih lebih dari satu jawapan dan keputusannya ialah :
Soalah : Apakah alasan untuk mengharamkan buku?
5 undi atau 18% menyatakan buku yang menggugat aqidah.
9 undi atau 33% menyatakan ianya bertentangan dengan pandangan pemerintah.
13 undi atau 48% menyatakan ianya bertujuan tidak beri rakyat cerdik.
7 undi atau 25% menyatakan orang cerdik tidak mahu menulis balas.
Dalam realiti Malaysia, terutama berkait isu politik yang bertentangan dengan pandangan pemerintah, penerbitan bersifat penulisan atau buku memang biasa diharamkan atas pelbagai alasan seperti tidak mendapat permit dan sebagainya.
Ramai juga rakyat bersuara berkaitan lambakan buku-buku atau majalah yang bersifat 'sampah' dengan cerita seks keterlaluan. Juga cerita-cerita berunsur tahyul.
Ya, di Malaysia dari pemerhatian saya, penulisan dari 'mereka yang layak' sangat jarang ditemui, sama seperti jurnal-jurnal akademik, apatah lagi soal idea dan gagasan baru.
Selain itu, ada dakwaan bahawa sebahagian penulisan boleh menjejaskan aqidah. Cerita-cerita ayat palsu dalam Al-Quran yang cuba diselewengkan telah jadi mesej berantai dalam masyarakat.
Aku kekal berpendapat bahawa perbezaan pendapat secara aman harus digalakkan. Kerisauan kita tentang aqidah bukanlah dengan cara mengharamkan buku kerana aqidah itu letaknya pada diri manusia, justeru manusia yang perlu diperkasakan.
Telah tiba masanya untuk kita memperkasakan rakyat dengan pendekatan dari bawah ke atas; dan bukan saja dari atas ke bawah. Semua pihak harus berperanan dalam menggalakkan proses inkuiri dan pencarian jawapan kepada lambakan isu yang ada. Hanya dengan membenarkan partisipasi rakyat yang aktif akan menggalakkan pemikiran tinggi seterusnya meningkatkan pasaran buku-buku berkualiti berbanding picisan.
Selamat membaca. Sapere Aude - Berani Untuk Tahu!
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment