Friday, February 8, 2008

Undang-Undang Islam di England?

Ada berita menarik dari England!

Archbishop Rowan Williams tiba-tiba jadi paderi yang mungkin paling dihormati kini di dunia Islam. Mudahnya dari kalangan aktivis muslim yang berjuang untuk menegakkan perundangan Islam dalam pemerintahan negara.

Entah kenapa, kita memerlukan seorang bukan Islam untuk mengesahkan upaya ini dan kita memerlukan kelompok liberal untuk meyakinkan bahawa kehendak pasaran itu memungkinkan ia berlaku.

Maha Kuasa Allah s.w.t., Tuhan Pencipta Sekalian Makhluk.

Untuk para aktivis muslim, moga jangan lekas seronok, kerana cabaran akan datang jauh lebih menuntut kewarasan kita untuk berfikir dan bertindak.

No comments:

Post a Comment