Friday, March 14, 2008

Tahniah Raja Nazrin

Awas! Tulisan ini punya ciri feudalisme yang tersendiri...

Kalau ikut susur galur keluarga sebelah emak, keluarga kami punya talian darah dengan Raja Perak. Dulu masa kecil aku selalu hairan kenapa kami sering singgah di Perak dan bertemu keluarga jauh emak, pulak tu ada yang aku kena panggil Pak Raja.

Masa kenduri abang kahwin, riuh juga setaman sebab DYMM YDP Agong (masa tu Raja Perlis) sudi mencemar duli dan tidak hadir ke majlis anjuran DS Shahidan Kassim dengan mewakilkan anaknya Tuanku Syed Faizudin.

Aku sejak dulu hanya tahu hal-hal latar tapi mak acap kali mengingatkan buku salasilah keluarga sebelah emak ada pada keluarga di Perak kerana waktu Atuk meninggal, emak masih bersekolah dan tak tahu sangat kepentingan buku tu. Buku tu ada dibawa keluarga Perak semasa mereka hadir kenduri abang. Bertuah sungguh dia tetamu besar datang! Dia cabar aku dengan penuh optimis untuk bawa Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim datang masa aku kahwin nanti. Huh!

Keluarga Diraja Perak, terutamanya Raja Nazrin punya sentimen khusus dari rakyat kerana sumbangan intelek mereka terutama Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah sendiri. Dan pada hari ini Raja Nazrin dikurniakan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Tuanku Zara.

Peranan Raja hendaklah disesuaikan dengan kedudukan mereka. Peranan Raja Nazrin dalam isu perlantikan MB Perak bukanlah kecil tetapi untuk aku cukup berhemah.

Kata Jebat, Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Semoga Raja-Raja Melayu

1 comment:

  1. Kenapa bila aku baca balik macam ada sedikit merapu dalam entry pening2 lalat ni?

    ReplyDelete