Friday, March 7, 2008

Saat Akhir Perjuangan Siri Ke-12

Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampung lancar semalam. Kini aku di tempat kelahiran untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Berita diterima abang aku juga kini telah berada di Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk mengundi. Meskipun kos yang harus dikeluarkan cukup tinggi hanya untuk membuang sekeping undi bagi DUN dan Parlimen, aku dan abang tekad untuk pulang dan mendokong cita-cita perubahan.

Dalam perjalanan kami rata-rata menemui pendokong Reformasi yang turut bergerak pulang. Fikir aku, hanya mereka yang memahami dan mendokong cita-cita Reformasi yang sedia untuk mengeluarkan biaya perjalanan tanpa mengharapkan balasan berbentuk material - seperti tuntutan semula wang yang disediakan oleh Barisan Nasional.

Lagi satu kebimbangan aku ialah anak muda tidak begitu menghayati demokrasi kerana mereka melihat Pilihan Raya tidak lebih sebagai rutin 4-5 tahun sekali. Tapi seronok juga mendengar Hot FM kerana dalam Kempen Turun Mengundi mereka menyebut dengaqn jelas bahawa Undi Untuk Perubahan :)!

Petang ini jam sudah pukul 6 tiba-tiba rumah aku didatangi Posmen! Tahniah Posmen Malaysia yang gigih bekerja hingga waktu begini. Tanpa perlu menjengok peti surat aku sudah tahu itu adalah surat Kempen Barisan Nasional - dan tekaan aku sangat tepat!

43,591 Pengundi di Parlimen Kangar menerima surat ini yang bercop di Kelantan! Dengan nilai setem 30 Sen. Ini bermakna nilai bagi seluruh surat ialah sekitar RM 13 ribu! Dengan dakwat cetak dan sebagainya entah berapa kos yang dikeluarkan..

2 comments:

  1. belum lagi kos untuk vest, payung 2-3 jenis, stiker kereta, sunshade kereta, badge, bendera, pen dakwat basah(bukan yang cikai), 2-3 jenis kipas dll..

    ReplyDelete
  2. lupa nak tambah..t-shirt 6-7 helai, tudung, selempang, tag nama, tali tag, topi 2-3 jenis..kos nya?tepuk dada, tepuk kantung poket yang terselit, tersirat..

    ReplyDelete