Tuesday, March 4, 2008

P121 Lembah Pantai Untuk Nurul Izzah Anwar

Pertama kali bersua tahun 2001. Waktu itu baru aku yakin kenapa orang kata anak Anwar Ibrahim cantik. Dan lebih penting bijak. Bekerjasama dalam team Bancuh Kopi (dah 'terbancuh' team ni) selepas PRU-11 dalam kes penyelewengan dalam PRU berkenaan.

Hari ini aku antara anak muda yang berbangga bila Izzah sedia menjadi calon PRU-12 untuk kerusi PKR di Parlimen Lembah Pantai, dan lawannya Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hari ini Shahrizat membuat kenyataan berkaitan isu Projek Perumahan Rakyat di sana dengan kenyataan berikut "Kita tunggu isyarat pengundi. Mereka perlu beri mandat kepada kita supaya apa yang dijanji dapat ditunaikan".

Apa jenis pemimpin yang membuat kenyataan berunsur ugutan kepada rakyat?

Nurul Izzah untuk P121 Lembah Pantai. Undi untuk Nurul Izzah, Undi untuk Perubahan!

No comments:

Post a Comment