Sunday, March 23, 2008

ALLAH Maha Kuasa

Sejak dari mula aku amat percaya bahawa ALLAH s.w.t. akan 'campur tangan' dalam kemelut Malaysia - hanya kerana terlalu banyak nama-Nya disebut-sebut secara benar atau batil dalam hampir seluruh proses hidup bernegara di Malaysia.

Dia Maha Mendengar - sama ada dimakbulkan terus, ditangguhkan hingga masa yang sesuai atau disimpan untuk kebaikan di akhirat, itu apa yang aku percaya kerana janji ALLAH s.w.t.. Hati mana sedia melihat kemanusiaan dilanyak di mana-mana apatah lagi di muka bumi Malaysia, tempat aku belajar membina hidup.

Dalam kes politik mutakhir, kejadian akhir-akhir ini sebenarnya adalah kerja ALLAH s.w.t.. Dia memberi setakat mana usaha bersama kita digerakkan. Dialah yang mengizinkan segala kekalutan dan ketergelinciran lidah sebahagian kita untuk dipertontonkan kepada umat. Dialah yang sentiasa menyediakan sekumpulan manusia yang kerjanya mengajak umat kepada kehidupan yang lebih baik sebagaimana dikehendaki-Nya. Dialah yang Maha Berkuasa menaikkan atau menurunkan sesiapa juga dari kekuasaan.

Aku percaya Dia mahu kita lekas bersedia untuk mengisi kemenangan yang bakal dihadirkan, agar kita tidak menzalimi diri sendiri saat Dia mengizinkan. Kun Fayakun...

No comments:

Post a Comment