Monday, March 24, 2008

Ekstrim

Hal 1

'Kami nak Idris, natang' begitu bunyi kain rentang yang dibawa oleh sekumpulan penyokong YB Datuk Seri Idris Jusoh seperti yang dirakam TV3 dan NTV7. Kepada siapa 'natang' (baca=binatang) itu ditujukan? Sebelum PRU-12 juga kita ditunjukkan peristiwa penahanan bas yang dikatakan membawa pengundi hantu juta di Terengganu (maksud saya peristiwa memecahkan tingkap kenderaan). Juga kita dengar peristiwa berdarah di Batu Buruk.

Apakah orang-orang Terengganu memang berdarah panas? Hormatlah sikit YD Agong kita sekarang dari Terengganu. Walaupun muda, tidak beerti tidak waras!

Hal 2

Ketua Kampung di Perak mahu boikot semua program kerajaan negeri Perak malah mengatakan mereka dilantik kerajaan BN hingga Disember 2008 dan kerajaan negeri tiada hak untuk memberi arahan agar ketua kampung mengikut telunjuk mereka. Sebelum ini khabarnya ada sekumpulan pertubuhan menyampaikan kepada YM Raja Nazrin untuk mengangkat BN sebagai kerajaan minoriti di sana.

Apakah mereka ini bahlol? Selama ini YB BN rupanya bekerja untuk orang-orang parti dan bukan sangat nak bekerja untuk rakyat.

Hal 3

UMNO Pulau Pinang sebelum ini menggesa kerajaan BN Pusat untuk tidak meneruskan projek NCER dan Jambatan Kedua Pulau Pinang malah mendalangi perhimpunan membantah pemansuhan DEB dengan slogan Ketuanan Melayu sambil menghentam DS Anwar Ibrahim. Mereka juga dengan sinikal mahu kerajaan negeri menunaikan janji pemansuhan tol Sungai Nyior sebanyak 50 sen.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri yang diambil alih oleh Barisan Rakyat kini sedang menyusun pentadbiran dan menyemak semula semua dokumen perjanjian kerajaan terdahulu. Khabarnya ada beberapa salah laku dikesan.

Buruk benar sikap orang yang kalah ni ya? Semoga yang menang akan segera sedar bahawa politik tidak semudah berkata-kata.

Rupanya kerajaan BN gagal mendidik 'wakil-wakil mereka' untuk kenal kemuliaan insan dan sistem. Memang patut mereka kalah! Padan muka!

No comments:

Post a Comment