Dato' Zaid Ibrahim yang telah diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab untuk hal ehwal Undang-Undang setakat ini telah menyuarakan apa yang sepatutnya disuarakan. Kenyataan bahawa kerajaan BN harus memohon maaf atas kesilapan memecat Tun Salleh Abas dalam isu kehakiman paling menyayat hati di Malaysia. Sudah tentu ia berpunca dari (Tun) Dr. Mahathir! (Sebab itu usaha menjatuhkan Pak Lah harus ditanggapi dengan hati-hati).
Seterusnya kita semua dapat menyaksikan bagaimana institusi kehakiman 'beraksi' terutama dalam kes-kes politik negara; dan entah berapa banyak kes kecil yang kita tak pernah tahu telah 'diperkosa'
Aku selalu merasakan Dato' Zaid Ibrahim adalah orang yang paling tepat untuk mengambil posisi sekarang; sebagai seorang pakar, pengamal dan aktivis perundangan, maka wajarlah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walau bagaimanapun, isu perundangan negara masih terlalu asing bagi rakyat secara teknikalnya; maka marilah kita terus memantau dari masa ke masa.
Harapnya TERAS tidak terusik dengan ini!
Saturday, March 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment