Tuesday, September 23, 2008

Ezam dan Korupsi

Sekian waktu, teman-teman dalam arus Reformasi sering sinikal terhadap aku - kerana kehadiran aku dalam siri pertemuan dan mesyuarat GERAK.

Pada mulanya aku sekadar hadir untuk meraikan apa yang aku sifatkan sebagai kebangkitan masyarakat madani untuk menguruskan sendiri beberapa hal kepentingan awam. Sosok Ezam bukan sosok yang kecil untuk menggalas cabaran ini. Tidak lama selepas itu, aku dihubungi Ezam, hatta dari Mekah dan dari siri pertemuan kami, aku fikir Ezam ada kesungguhan.

Aku kekal menyatakan sikap pada Ezam bahawa sokongan mahasiswa dalam hal rasuah kekal pada isu memerangi rasuah dan bukan pada sosok pemimpin dan organisasi itu sendiri. Entah kenapa, sms ini Ezam tidak jawab, sibuk barangkali.

Aku terus hadir, dan kali akhir adalah ketika dialog DEWI di mana kehadiran kami dari UPM, UKM dan Uniten pada hemat aku membanggakan. Entah kenapa petang itu, orang cukup ramai dan tentunya tertanya kehadiran Ezam di sana. Selaku penyelaras DEWI, dialog ini aku fikir cukup baik dan reaksi mahasiswa boleh dibanggakan.

Sebenarnya dialog ini berlaku lama sedikit selepas BERSIH di mana jadual awalnya Ezam minta tangguh atas dakwaan ada pantauan dari pihak tertentu mengenai pergerakannya.

Ezam tidak hadir dalam perhimpunan BERSIH dan beliau menyatakan pada kami bahawa ianya atas faktor kesesakan jalan raya. Aku menghidu tanda lain dari kenyataan beliau. Selepas mengimamkan Maghrib, aku fikir Ezam mahu menyampaikan sesuatu - untuk aku bersama Nazri Yunos (yang kini mempengerusikan GERAK) menggerakkan mahasiswa. Hal ini kemudian disahkan Aizuddin, setiausaha GERAK Mahasiswa saat kami bersembang baru-baru ini. Rupanya akulah budak UPM yang disebut.

Masih aku ingat sms dan panggilan Ezam yang tidak aku jawab. Kali terakhir beliau menjemput aku hadir dalam dialog bersama GAMIS. Tidak lama selepas itu tinggal sejarah - Ezam kembali kepada UMNO.

Jika benar prinsip beliau memasuki UMNO sebagaimana yang dinyatakan awalnya, beliau tidak harus bersilat mengangkat isu DS Anwar sebagai keutamaan dan harus lebih mengeluarkan kenyataan prinsipal. TS Ramon Navaratnam baru usai mengeluarkan statistik baru dapatan Transparency International Malaysia.

Rasuah kekal, waima jika DS Anwar, TG Hj Hadi atau TG Nik Aziz sendiri menjadi PM, untuk diperangi!

No comments:

Post a Comment