Tuesday, September 16, 2008

Pasca 916

Pakatan Rakyat telah pun mengusulkan surat bertemu DS Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lepas - ringkasnya untuk bertemu. Khabarnya Perdana Menteri telah respon untuk tidak melayan pertemuan ini sehingga DS Anwar mengumumkan nama-nama mereka yang mahu melompat parti ini.

Apa janji Pak Lah jika nama-nama ini diumumkan? Letak jawatan? Buru mereka ini?

InsyaAllah, kesabaran akan kekal untuk mereka yang percaya Reformasi adalah satu proses. Perubahan kerajaan hanyalah tanda aras, tapi proses harus terus.

Semalam aku masih ingat antara kata DS Anwar "Tak apa, tiga empat hari ini media dan mereka akan hentam kita habis-habisan, tapi sedikit masa lagi mereka mungkin akan datang minta maaf pada kita", lebih kurang maksudnya.

InsyaAllah, dari kenyataan Tian Chua dan Dr. Hatta Ramli (antara yang mewakili Pakatan Rakyat menyampaikan surat kepada Pak Lah) sebentar tadi menerangkan bahawa dalam tempoh 24-48 jam, sekiranya respon Perdana Menteri untuk penyelesaian isu ini secara damai tidak diterima, maka ia akan dipanjangkan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan.

InsyaAllah, raya ini aku balik KL-Perlis dengan harga minyak yang tidak membebankan. Meskipun libertarian tidak mendokong subsidi sepenuhnya, praktikalnya proses peralihan dasar memerlukan masa agar ia tidak menjadikan keadaan kucar-kacir dan tidak ada keraguan tentang itu.

No comments:

Post a Comment