Banyak teka-teki berlegar berkaitan isu Crossover atau bahasa politiknya - Lompat Parti. Raja Petra mungkin antara yang paling kuat memberikan justifikasi kepada kerumitan isu ini. Sebenarnya kerumitan ini telah lama ditulisnya, yang tertangguh sebentar akibat pertikaian muqabalah PAS-UMNO sebelum ini. Aku hanya maklum bahawa rombongan 4 orang PAS yang ke UK mengambil 'restu' dari Dr. Kamal el-Helbawy berkaitan isu ini.
Dalam program pertengahan Julai yang lalu difahamkan Sheikh Rashid Ghanoushi menjawab soalan kritikal berkaitan isu murtad di mana beliau menyatakan ia adalah hak seseorang untuk memilih keluar dari Islam. Memandangkan aku tidak mendengar sendiri, mungkin elok Dr. Dzul yang hadir ke sana dapat berkongsi pandangan ini. Tapi ini isu lain, hanya saja aku melihat bagaimana persekitaran yang sihat di sana hampir mustahil muncul di sini.
Berbalik kepada isu Crossover sebagaimana yang diulas Raja Petra, ia secara tidak langsung mengajak kita menghimbau pandangan kita terhadap diri sendiri - bagaimana kita memahami Islam dan menghadirkan Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Sebenarnya kita maklum bahawa DS Anwar adalah calon yang paling hadapan untuk menjadi Perdana Menteri yang bukan dari UMNO-Barisan Nasional. Isunya bagi aku sekarang bukan soal PKR, PAS, DAP, UMNO atau parti mana. Isunya negara kita - Malaysia. Boleh saja DS Anwar jika menjadi Perdana Menteri mengangkat Ahli Parlimen dari parti lawan sebagai Menteri dan sebagainya. Tapi adakah Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sedia menerima?
Untuk aku kita harus berjiwa besar. Kita harus mula berfikir bahawa kerajaan mesti diminimakan. Hakikat bahawa belanja kerajaan bertambah berlipat kali ganda bukanlah sesuatu yang baik untuk ekonomi Malaysia yang seterusnya menghambat banyak posisi lain kerana semuanya berkaitan duit. Di celah semangat Ramadhan ini, kita harus berani menghimbau peranan institusi waqaf, peranan zakat, peranan sedekah dalam Islam. Bagaimana ia bergerak dan menjadi sarana pemberdayaan masyarakat?
Alhamdulillah, insyaAllah aku dan kawan-kawan akan terus bersemangat mencari rahsia Tuhan ini. Jika ada yang berminat ikut serta, aku ada program menarik Jumaat ini sekitar jam 10 pagi hingga sebelum solat Jumaat. Mahu ikut serta dalam rehlah Ramadhan?
Tuesday, September 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment