Thursday, September 4, 2008

Jika benar. maka untuk apa?

Jika benar berita yang diterima oleh Isham Rais, maka kita sebagai rakyat pasti dapat mengagak dengan jelas apakah agenda di sebalik semua ini.

i) Menggagalkan cita-cita 16 September 2008, meski mereka kununnya tidak percaya malah mendabik dada bahawa perpindahan sokongan ini akan berlaku.

ii) Celakalah mereka kerana di saat negara berdepan kegetiran ekonomi, di saat sebilangan manusia menghimpun kekayaan peribadi secara tidak beretika, di saat rakyat terbanyak dihimpit kesukaran hidup...mereka meluluskan 'retreat' di luar negara!

Mereka fikir mereka boleh membeli jiwa rakyat dengan janji manis sekian kalinya. Mereka fikir mereka boleh terus memaksa rakyat untuk membiarkan kuasa yang diwakilkan di salah guna. Mereka fikir rakyat selama-lamanya akan tunduk dan takut pada ancaman.

Mereka lupa bahawa bahawa tiap kejadian itu berpasangan - takut pasangannya berani, jahil pasangannya pandai, zalim lawannya adil dan sekian banyak lagi kita boleh bariskan.

Di celah semangat kemerdekaan, rakyat tidak akan lupa bahawa selain rundingan, telah ramai menjadikan nyawa sebagai galang ganti kepada penindasan, kezaliman dan usaha mendapatkan pembebasan.

No comments:

Post a Comment