Friday, September 19, 2008

Jangan Sebar Khabar Angin

Meskipun kawan-kawan yang sebelum ini juga cuak dengan cerita peralihan kerajaan, akhirnya mereka sendiri terpaksa menggunakan perkataan 'haqqul yakin' untuk menyampaikan kepada aku bahawa ia adalah realiti. Dalam hal ini mereka tabik DS Anwar kerana soal sir (kerahsiaan) dan bagaimana beliau menangani persoalan ini dengan teliti.

Sahabat lain dalam sms pada aku semalam 'ketawa' kerana "geng mulut murai" dikenakan DS Anwar lagi! Jangan pandai-pandai nak korek rahsia lebih-lebih! Kalau benda tu dah rahsia, ia tetap rahsia! Kalau tak tanggung sendiri berita-berita yang kalian nak sampaikan.

Polis pun dah peringat jangan nak sampaikan khabar angin. Tapi bagaimana mengelakkan khabar angin? Manusia sentiasa berteori tentang apa yang bakal datang di depan. Polis tidak boleh sepenuhnya menyalahkan spekulasi kerana sebahagiannya ternyata benar dan boleh dipertahankan.

Bila kita cakap soal kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa - ia sentiasa melibatkan mereka yang berkuasa, sama ada kuasa itu dalam bentuk autoriti, kekuatan wang atau maruah (misalnya rasuah seks). Kerajaan dan institusi yang ada sentiasa dalam situasi dan persekitaran berpotensi untuk itu. Sistem yang baik dan dilihat baik sentiasa menentukan.

No comments:

Post a Comment