Banyak sungguh dapat panggilan telefon hari ini. Pandai-pandai kawan-kawan kata aku ni orang dalam yang boleh dapat maklumat tentang peralihan kerajaan sebagaimana yang diwar-warkan berlaku pada 16 September atau ringkas 916.
Jika tidak kerana aku tahu beberapa perkara, tentulah seruan Tengku Razaleigh ini adalah yang terbaik. Tetapi kerana aku memahami beberapa hal teknikal, maka seruan Ku Li tadi jatuh pada tingkat yang lain, dan tidak harus dikesampingkan oleh sesiapa pun.
UMNO-BN tidak akan pernah insaf. Pasca PRU-12, beberapa peruntukan dan pembangunan untuk kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah dibatalkan. Mereka tidak pernah mahu berbuat apa-apa tentang ini sehingga sekarang.
Ya, harapan rakyat cukup tinggi untuk melihat perubahan agar janji-janji Pakatan Rakyat dapat ditunaikan. Jika gagal, bukanlah susah untuk mereka sedar. Pokoknya, belum pernah lagi Kerajaan Pusat bertukar! Ya, sudah tentu banyak hal yang menjadi isu rasuah dan salah guna kuasa harus juga dibawa ke pengetahuan kami.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment