Friday, September 19, 2008

Suka

Keyakinan DS Anwar berkaitan proses peralihan kerajaan mungkin tidak dikongsi dengan ramai orang. Memang sangat sulit untuk mengetahui apa-apa.

Kata 'orang kuatnya' "Ini antara proses peralihan kuasa paling senyap di dunia!"

Semalam mungkin antara hari-hari menarik dalam Ramadhan tahun ini. Lama betul tak jumpa kawan-kawan yang kini sibuk dengan arus hidup masing-masing. Sebelum minum teh tarik sekitar jam 11.30 malam, sempat berteleku sejenak mendengar kumpulan muzik jalanan - Boyandri Band, terdiri dari 3 orang anak muda (rasanya berbangsa Cina) dengan rambut Rasta. Yang menarik dari pemerhatian aku ialah kecanggihan alat muzik mereka. Tidak tahu sama ada ia memang ada atau mereka cipta sendiri.

Oleh kerana proses peralihan kuasa ini paling senyap, kami menjadi tidak menentu. Hampir tidak ada teori mampu kami lihat sebagai paling dekat untuk mengungkap proses ini. Sudah tentu ada teorinya, tapi semuanya sukar untuk memuaskan hati kami. Kegelisahan ini bagaimanapun disambut berbeza oleh mereka yang mengatakan mereka sudah 100% pasti!

Aduh, tapi rakyat masih tidak cukup yakin, malah ada yang mula mempermainkan hal ini dengan sms-sms lucu dan sebagainya. Kata seorang teman "Biar. Kalau aku, aku layankan saja. Gelak sama-sama dengan mereka. Kita puaskan saja hati mereka".

Seronok. Dalam kalut-kalut politik Malaysia, antara kami gurauan tak pernah lekang. Seorang teman lain berteori lucu bahawa pengambilan jawatan Menteri Pertahanan oleh DS Abdullah adalah untuk memastikan proses peralihan kuasa berlaku aman, hahaha.

No comments:

Post a Comment