10 tahun selepas Reformasi 1998, kita kini berada di persimpangan penting masa depan Malaysia. Suka atau tidak, ia ditentukan oleh bagaimana serius kita mahu melihatnya.
Pasca Reformasi 1998, dalam PRU ke-10 1999, bergema slogan Politik Baru. Pelbagai slogan dan garis cita-cita muluk muncul. Akhirnya kini kita berdepan dengan realiti sebenar, bagaimana sulitnya kita untuk membuat perhitungan. Tidak terbayang bagaimana sulitnya mereka yang dulunya bersabung nyawa mengimpikan merdeka. Kompromi antara kaum yang membuahkan Kemerdekaan melalui rundingan tidak sepenuhnya salah kerana ia hakikat sejarah. Ia jadi salah bila kita menafikan pengorbanan yang lain malah mahu rakyat mengetahui hanya satu jalur 'perjuangan' sahaja.
Politik baru ini tentunya memerlukan sedikit masa untuk ideanya merakyat. Dan aku mahu menyatakan sokongan terbuka terhadap keperihatinan sahabat yang menyeru DAP untuk 'bertenang' dari mentaliti pembangkang agar dapat menyongsong wadah dan bergerak bersama arus Harapan Baru untuk Malaysia.
Ini bukan soal kaum, pragmatisme ini juga bukan syarat wajib...tetapi bukan sahaja DAP bahkan semua yang mahu berada dalam arus ini termasuk aku wajib memahami realiti dan pergolakannya.
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment