Sunday, September 14, 2008

ISA 2


Aku tidak mahu menggesa pembebasan Raja Petra, Teresa Kok dan tahanan ISA yang lain. Tapi aku mahu gesa agar ISA dihapuskan sama sekali - agar tidak ada lagi sesiapa pun akan dikenakan tahanan tanpa bicara yang cukup zalim ini.

Tanya saja kepada semua - siapa mahu ditahan tanpa bicara? Lebih-lebih lagi bila kita yakin bahawa kita tidak melakukan salah apa pun.

Kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang poyo anti-Bush, walhal mereka berbangga bila Bush mewujudkan penjara Guantanamo - seolah-olah Bush mengabsahkan keperluan ISA di Malaysia!

Ada pula Menteri (haprak!) yang bagi alasan tahanan ISA kerana hidupnya terancam. Ini alasan gila dan tidak masuk akal. Sejak bila di dunia ini mereka yang diancam masuk dalam tahanan tanpa bicara dan yang mengancam boleh bebas? Menteri begini patut rasa malu dan menawarkan diri untuk letak jawatan! Kerajaan juga wajib malu ada menteri yang begini!

Rakyat Malaysia lebih malu ada menteri, kerajaan dan undang-undang yang begini!

* Jika anda berhajat nak kaitkan DS Anwar atau sesiapa saja tak pernah melawan ISA dulu, aku mahu katakan dulu mereka salah! Berhenti berhujah senget. Sedarlah rakyat dah muak dengan politik selekeh UMNO-Barisan Nasional sekarang!

2 comments:

  1. The moment the govt holds the people on hostage, war on ISA has already begun!

    ReplyDelete
  2. nak muzakarah dengan org2 macam ni ke?

    ReplyDelete