Tuesday, June 3, 2008

Ezam vs Anwar 2

Seperti yang telah aku duga, riaknya telah kelihatan. Dan pertarungan ini akan menjadi yang terhangat sepanjang 2008 insyaAllah.

Ada antara kita yang meneka-neka soal penghijrahan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat. Aku akui bahawa aku lebih gemar DS Anwar menjadi Perdana Menteri melalui kemenangan Pilihan Raya. Bukan atas faktor tidak ada moral menyeberang parti. Pada tingkat tertentu kenyataan TG Nik Aziz perihal menyeberang parti itu ya, tidak bermoral..tetapi aku kira jawapan DS Anwar bahawa mempertahankan parti yang rasuah adalah lebih tidak bermoral juga punya justifikasi.

Sebenarnya ada satu masalah pokok dalam persoalan ini. Umum dari kita mungkin tidak mahu ambil tahu sentimen konservatif berlapis dalam masyarakat kita. Dari sentimen Islam dan Melayu yang bercampur sehingga memaksa Raja Petra menghentam ABIM semahunya (dan terkini agak berlapik).

Justeru, apa pilihan kita. Jika kita lihat kenyataan DS Anwar perihal penyeberangan yang dilontar awal adalah untuk membolehkan 'wacana awam' terbentuk. Nyatanya ia tidak mudah. Bagi mereka yang mahu berfikir sedikit, pastilah keghairahan tidak menentu ditunjuk.

Untuk aku, kita harus beranjak dari sentimen yang tidak jelas. Untuk apa sekalipun, kita harus pastikan negara ini ditinggalkan dengan baik kepada generasi akan datang. Baik itu sudah tentu relatif maknanya sebagaimana rencamnya masyarakat kita. Aku tak mahu jadi macam seorang penulis muda yang rancak 'menyesatkan' dan 'memberi gelar' kepada 'musuk pemikirannya' dan pada masa kini rancak mempromosi kesatuan, menolak label dan sebagainya hanya saja serangan terhadap fahamannya mula dirobek.

Berbeza pendapat dan dari soal itu kita masuk ke wilayah pluralisme, masihkah lagi kita dengan definisi sempit sebagai tercatat dalam 'Tuhan Manusia'?

No comments:

Post a Comment