Jujurnya aku menyokong prinsip untuk mengurangkan subsidi. Tapi bukan dengan amalan BN.
Semalam secara kebetulan aku terjumpa dengan kawan-kawan aktivis UMNO-BTN di kedai mamak. Satu jam juga berborak dan mereka rata-ratanya menzahirkan rasa tak puas hati dengan Pak Lah tetapi seperti biasa tidak ada daya menolak kepimpinan UMNO-BN.
Benarlah kata Ahli Parlimen Balik Pulau "keberanian selalu membezakan pemimpin yang berpengaruh dan tidak". Aku masih ingat slogan yang aku pakai untuk kempen Pilihan Raya Kampus 2004 - "Kesukaran dihadapkan kepada kita bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita tetapi untuk memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kita untuk menghadapinya".
Prinsip mengurangkan subsidi akan kekal aku dokong, tapi mekanisme cara Barisan Nasional adalah tertolak. Ini pertarungan penting antara ideologi Sosial Demokrat dan Liberal Demokrat. Pokoknya pengurangan subsidi tidak berdiri sendiri! Ia harus didokong dengan kekuatan nilai ringgit yang dijelmakan melalui upaya pasaran.
Aku hanya syak bahawa peningkatan hebat ini berpunca dari lemahnya nilai ringgit yang boleh diukur dari lemahnya upaya pasaran. Dan ia tanda lain bahawa negara sudah ketandusan wang. Dalam sibuk orang mengentam Pak Lah, aku kira masih ada kelompok yang sedar bahawa Tun Dr Mahathir juga punya sumbangan terhadap nazaknya ekonomi Malaysia.
Sabar, ribut politik Malaysia sebenarnya masih belum sudah dan ia sebenarnya belum cukup ribut, hanya sekadar angin kuat. Nantikan politik Malaysia yang mahu tak mahu akan menuju zero-sum game. Moga kebijaksanaan pemimpin, sebagaimana yang selalu didakwa tidak akan membunuh masa depan aspirasi rakyat.
* Aku jumpa sebuah blog, sebetulnya dah lama jumpa, tapi ketakutan moderator blog yang memang dikenali orang kanan Ezam cukup jelas bila komen rasional terpaksa dipadamkannya. Ini masalah pertarungan politik idea dan politik glamour!
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment