Monday, June 16, 2008

Aneh

Bila kita membaca cadangan Sahibus Samahah Mufti negeri Perlis (negeri aku la tu) Dr. Asri, aku membacanya sebagai saranan orang yang mahu dilihat berkecuali dalam politik.

Aneh, cadangan ini muncul saat UMNO mendakwa Melayu berpecah, tidak di saat taraf hidup Melayu pincang atas dasar dan amalan kepimpinan mereka selama ini.

Dalam ribut-ribut penstabilan politik sempena 100 hari, muncul cerita Negara Islam, muncul cerita lompat parti tidak bermoral (kalau masuk seluruh parti mungkin bermoral agaknya?).

Kita banyak membuang masa dengan politik prasangka yang dinatijahkan dengan agenda sepak terajang persoalan siapa. Aku fikir elok PKR merenung semula Perisytiharan Permatang Pauh (mungkin sdr Ezam mahu mendakwa ini muncul dari fikirannya, atau sdr Nadzmi mahu mendakwa 20 tahun akan datang sdr Ezam akan jadi PM hanya berbekal cerita 6 kotak dan kempen kunjungi Balai Polis?).

Contoh-contoh di atas bukan untuk memperlekehkan usaha individu atau kumpulan. Tapi entah kenapa, dalam liku contoh Rasulullah s.a.w. yang dipilih, kenapa mereka gagal merumuskan perkara fundamental berbanding kulitan? Tenaga rakyat sudah muak dengan politik cara UMNO-BN!

Ya, jika kita setuju menjadikan dasar negara untuk menghalang konsert, kita harus bersedia untuk melihat dasar negara yang mengharamkan nasyid (barangkali!). Sudah tentu tulisan aku ini tidak mengajak umat Islam keluar dari landasan iman. Tapi iman bukan paksaan, dan ia tidak diwarisi. Iman adalah soal keyakinan.

Dan aku mempersoalkan keyakinan apa yang boleh muncul dari paksaan selain dari keyakinan bahawa paksaan itu muncul dari ketidakyakinan?

No comments:

Post a Comment