Sunday, June 29, 2008

Kenyataan

Kenyataan Individu Mahasiswa


Berita yang tersebar kini tentulah dipandang serius oleh mahasiswa, lebih-lebih lagi ia melibatkan tokoh berpengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah gagal dibuktikan bersalah oleh kerajaan Barisan Nasional melalui proses undang-undang. Justeru, mahasiswa menuntut kesabaran dan kebijaksanaan semua pihak dalam menghadapi isu ini.

Sebagai tokoh yang cukup berpengaruh di dalam negara serta di luar negara, dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri yang baru, adalah tidak munasabah untuk menerima pertuduhan keji yang sama seperti apa yang berlaku pada 1998, lebih-lebih lagi ia muncul dari si penuduh yang cukup dikenali korup dan meragukan sejak zaman kehidupan di kampus.

Mahasiswa memandang serius isu ini kerana sebagai mana isu yang hampir sama pada 1998, ia telah mengheret dan memincangkan banyak institusi kerajaan sekaligus menghancurkan harapan dan cita-cita rakyat untuk hidup dalam negara yang berdaulat serta dihormati.

Mahasiswa menggesa kerajaan agar lebih serius menangani isu-isu rakyat dan berhenti mengalih isu. Kerajaan BN harus insaf dan menerima keputusan PRU-12 sebagai tanda bahawa rakyat kini kian celik dan berani untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim dan korup!

Mahasiswa berikrar untuk terus memperjuangkan keadilan dan kebenaran di mana-mana medium yang mampu dan menggesa rakyat untuk menolak pertuduhan keji ini.



No comments:

Post a Comment