Berita 1
Pemuda PAS Pusat membuat kenyataan menyokong tindakan Pemuda PAS Selangor untuk menunjukkan bantahan terhadap jemputan Mas Idayu dan Ella untuk persembahan sempena Perlawanan Bola Sepak Piala Sultan Selangor. Rentetan dari itu, Sultan Selangor menempelak hasrat Pemuda PAS ini dengan kenyataan "hipokrit dan remeh".
Selain itu, Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar, berkata kedua-dua artis berkenaan akan membuat penampilan yang bersesuaian dan persembahan yang menjaga sensitiviti semua pihak.
Berita 2
SAPP umum untuk menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Keputusan untuk kekal dalam BN hanya diputuskan selepas mesyuarat Jumaat ini. Selain itu khabarnya Sabtu ada Tsunami Politik ke-2. Rentetan dari itu TS Khalid Ibrahim menyatakan wakil rakyat PR akan menyokong usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri tetapi PAS mengambil sikap berdiam diri dan YB Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa wakil rakyat BN menolak usul tersebut.
Ada beberapa hal yang mendasar dalam dua berita tersebut. Dari hal ini, aku fikir kita patut menilai semula bentuk politik dan perlembagaan di Malaysia. Dalam realiti yang ada, aku kekal memilih small state - atau mudahnya menolak campur tangan kerajaan dalam wilayah individu. Dan perkara ini bersangkutan dengan sikap PAS, bagaimana rupa kerajaan yang mereka mahu pimpin? Sudah tentu aku tidak membantah pendirian PAS. Ya, mereka tentu punya alasan untuk membantah dan ia harus dibenarkan. Tapi bila ada respon dari Sultan yang juga Ketua Agama bagi negeri, ia lebih rumit. Jangan lupa sikap PAS dalam isu di Perak - ramai yang berlindung di sebalik Raja Nazrin untuk menjustifikasikan perlantikan YB Nizar. Nah, kini ia mungkin berbeza. Kompleksiti proses bukanlah semudah seruan 'balik kepada Al-Quran dan As-Sunnah'.
Pilihan SAPP untuk aku satu pilihan yang wajar - menyatakan sikap mereka terhadap isu. Soal mereka keluar BN atau tidak, terpulang. Begitu juga dengan YB-YB lain. Untuk aku, biar apa pun nama - BN atau Pakatan Rakyat, YB-YB harus berani membuat pendirian sendiri. Sudah tentu kita mungkin kecewa misalnya YB Mahfuz, YB Salahuddin (ingat ya, misal!) memilih untuk menolak agenda lompat parti. Kita tidak harus membunuh kebebasan individu meskipun kita percaya kolektiviti itu penting. Kita harus berani membuka ruang politik seluasnya tanpa ancaman untuk keluar parti dan sebagainya. Inilah peninggalan buruk warisan politik lama sebelum Reformasi 1998, dan ia perlu dibaiki.
Ya, ini juga bermakna kenyataan YB-YB menang kerana memakai tiket BN, PKR, PAS, DAP dan sebagainya harus ditolak. Ia seolah satu penghinaan kepada rakyat dan tentunya berkaitan dengan media yang senget. Rakyat pula dalam kehendak untuk bebas, berhenti dari mendakwa mereka punya kedaulatan, seolah-olah YB-YB harus meleburkan diri kepada apa saja kehendak mereka yang sebahagiannya tak masuk dek akal.
Bila lagi rakyat nak diperkasakan? Bila lagi rakyat nak perkasakan diri? Atau kita hanya fikir ini main-main?
* Aku mengalu-alukan beberapa pendekatan kerajaan kebelakangan ini. Ingat, mengalukan tidak bermakna cukup puas hati, tambah-tambah ia tidak bersifat fundamental. Buktinya boleh dilihat dari sengetnya wacana pendokong UMNO (hidup Melayu kononnya!).
Wednesday, June 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam!
ReplyDeleteTulisan yang sungguh baik. Tahniah.
Terima kasih kerana beri cadangan dalam web saya. Sungguh menarik dan amat baik. Cumanya saya ni dah bersara. Apakata kalau saudara yang buat. Saudara masih muda dan lebih berkeupayaan dari orang pencen. Kalau ada ruang yang boleh saya bantu, insya ALLAH.
Satu lagi, apa kata kalau saudara tubuhkan fakulti perhutanan secara maya. Curahkanlah sebahagian ilmu saudara itu kepada orang lain yang memerlukan. Come on! Orang muda.
Salam.