1) Aku dan Politik Semasa
Sebenarnya bila aku terkenangkan Reformasi 1998, aku akan lekas mengenangkan Perisytiharan Permatang Pauh. Namun, politik itu resamnya berubah, dan ia berubah kerana manusia dan juga tuntutan persekitaran. Persoalan tentang sikap manusia yang berubah ini sebenarnya perlu dihalusi, agar perubahan tidak wewenang dituduh salah.
Ya, dalam proses meletakkan DS Anwar sebagai Perdana Menteri baru melalui Pakatan Rakyat, ia bukan kerja mudah. Aku sangat bosan bila orang bertanya kepastian dari aku tentang isu politik yang rencam, dan yang popular seperti cerita lompat parti. Bosan kerana 1) apakah mereka tidak punya akses atau tahu dari mana sumber untuk mengakses berita? 2) apakah mereka mahu terus menyandarkan harapan kepada seorang pemimpin? apa mereka ingat aku pengasuh DS Anwar yang tahu serba serbi tentang DS Anwar?
Ya, pemimpin perlu, tapi jangan lupa perubahan bukan konotasi mudah - ia datang dengan tanggungjawab dan kesediaan menghadapi kesan perubahan itu sendiri. Tidak mahukah mereka sama-sama mengangkat tema-tema Perisytiharan Permatang Pauh? Jangan sampai lemas dengan permainan sepak terajang politik..eloklah fokus kepada apa yang lebih jelas.
2) Beberapa hari ini aku berulang alik ke Kuala Lumpur, membawa dan menemani abang dan keluarga ke merata pusat membeli belah. Dalam pusing-pusing tu aku beli The Last King of Scotland - dan ia mengingatkan aku pada Tun Dr Mahathir. Tidaklah sampai aku mahu samakan Idi Amin dengan Tun, tapi cukuplah aku katakan - cinta saja tidak cukup untuk mengangkat sebuah kehidupan yang jenuh..
Wednesday, June 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment