Wednesday, June 4, 2008

Minyak Naik 2

Kenapa minyak naik?

Semasa PRU-12, YB Rembau (masa tu belum YB lagi) ada pukul canang tentang mekanisme harga di pasaran. Seingat aku BN tempelak DS Anwar, katanya zaman DS Anwar, Menteri Kewangan harga minyak rendah dan tidak pula disebut semasa harga minyak rendah itu keuntungan minyak Malaysia juga rendah. Jika kita baca dengan teliti, seiring dengan kenaikan harga minyak, keuntungan Petronas juga berlipat ganda.

Khabarnya semalam 'acara popular' boikot produk Amerika tidak berjalan kerana di mana-mana stesen minyak tetap penuh!

Untuk kita yang tidak faham, dan fanatik buta untuk kempen boikot produk luar ni, mungkin ini masanya merenung semula pemahaman kita tentang ekonomi rentas negara, pengagihan kekayaan dalam negara dan retorika politik. Ke mana nak dibawa semua tu?

Dalam borak santai dengan pemandu teksi semalam, aku hanya boleh kata "kenaikan harga minyak tak kenal ketuanan Melayu!"

No comments:

Post a Comment