Sejak dari dulu, aku selalu tekankan kepada kawan-kawan untuk selalu memperkasa diri. Ini kerana aku percaya Islam memang diturunkan untuk umat akhir zaman. Jika zaman dulu kita boleh kata ada sahabat yang bertebaran, maka tak semua dapat bersama Rasulullah s.a.w., tapi zaman kini adalah bukti bahawa ilmu harus dituntut, dan Islam adalah rahmat seluruh alam. Jangan lupa pesan dalam Al-Quran bahawa yang bertaqwa itu adalah mereka yang berilmu.
Kenapa kita perlu memperkasa diri? Dalam kita memahami kesempurnaan Islam, kita juga mengakui keterbatasan kita. Dalam erti kata lain, Allah s.w.t. mengajar kita bahawa sistem tidak bergerak sendiri melainkan ada yang menggerakkannya. Terlepas dari ketentuan Allah s.w.t. dalam hal-hal tertentu, sunnatullah juga adalah kehendak Allah s.w.t.
Tanggapan terhadap isu DS Anwar yang terkini harus dilihat dalam konteks ini. Ada dua perkara penting :
1) Sistem yang adil
2) Penggerak sistem
Rasulullah s.a.w. cukup sensitif dengan persoalan keadilan. Begitu juga para sahabat r.a.. Hanya saja dalam keterbatasan masa lalu, para sahabat ada berbeza pandangan namun cukup jelas mereka mendatangkan hujah dengan baik dan peribadi mereka adalah terpuji.
Sistem keadilan di Malaysia diakui sendiri oleh kerajaan BN kini bahawa ianya pincang. Namun jangan lupa bahawa ada sebahagian dari kalangan UMNO-BN melihat ini adalah pintu masuk yang akan memakan diri mereka. Kelompok ini tidak senang duduk dan mempertikaikan langkah mula yang diambil untuk membetulkan keadaan ini. Bayangkan, langkah awal ini bukanlah langkah yang cukup konkrit, ia masih di peringkat awal menyediakan landasan..itupun jika kerajaan BN yang baru ini jujur dan ikhlas. DS Anwar hanya mampu melepasi halangan perundangan hanya selepas muka-muka baru hakim diberi kelonggaran oleh Pak Lah. Dan ia meningkatkan reputasi Pak Lah, bukan badan perundangan itu sendiri! Syukur atas pembebasan DS Anwar, meskipun ia bukan tanda kebebasan hakim dan sistem - kerana hakim sendiri bagi mengelak cemuhan, mengeluarkan kenyataan tidak perlu - bahawa DS Anwar dibebaskan kerana aspek teknikal. Itu untuk aku menunjukkan terperangkapnya jiwa mereka untuk meletakkan undang-undang di kedudukannya yang tersendiri.
Jangan juga kita lupa bahawa sebahagian pemuka UMNO-BN dan juga badan kepolisan serta undang-undang sekarang adalah muka lama yang bermatian memperbodohkan rakyat Malaysia. Siapa dalang yang mengeluarkan afidavit Dato' Nalla di media sedangkan pagi itu Dato' Nalla baru hendak dibawa ke mahkamah! Kita tahu Dato' Nalla dituduh dengan pemilikan senjata, namun isu yang dibesarkan ialah tuduhan terhadap DS Anwar! Jangan lupa pengakuan Sukma dan Munawar Anees tentang kezaliman penderaan terhadap mereka serta pendakwaan kartun selama 30 minit sahaja di mahkamah!
Mereka yang menuduh DS Anwar takut dan berlindung di Kedutaan Turki ialah mereka yang untuk aku hanya ada satu istilah - bodoh sombong! Aku di Quality Hotel dan insyaAllah aku tahu benar keinginan DS Anwar untuk bersama rakyat melawan isu ini. Namun beliau akur dengan keputusan akhir parti untuk merehatkan beliau atas sumber yang memaklumkan bahawa pertarungan kali ini mungkin akan pergi lebih jauh dari pertarungan 1998!
Dan ini tidak mustahil. Jika Altantuya sanggup diletupkan..apatah lagi isu yang lebih serius seperti ini. Cukup untuk disebutkan di sini bahawa isu Altantuya dalam konteks politik Malaysia sebenarnya dipandang kecil oleh pemuka politik UMNO-BN - Rasuah. Mereka sudah masak dengan perihal rasuah. Tapi mereka tahu bahawa Altantuya mampu untuk menarik isu ini lebih dari apa yang ada. Peristiwa bunuh dan bersabit isu politik Malaysia bukan tidak ada dalam sejarah Malaysia.
Hanya satu kata untuk aku buat masa ini -lawan!
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment