Thursday, June 12, 2008

Bola Sepak

Saja aku nak tulis sikit, tumpang musim bola. Selepas perlawanan akhir SUKMA yang memilukan untuk pasukan negeri aku Perlis yang tewas 1-5, selepas mengejutkan Selangor sebelum itu dengan 2-0.

Itu bukan beritanya. Beritanya ialah Chelsea - pasukan pilihan aku - akan memiliki Pengurus baru iaitu Luiz Felipe Scolari bermula 1 Julai 2008 untuk menggantikan Avram Grant. Terima kasih untuk khidmat Mourinho dan Avram!

Dulu waktu kecil aku suka main bola. Orang-orang kat taman aku panggil aku 'Korea' kerana tubuh aku yang kecil. Sebenarnya pada usia 5-9 tahun, aku bermain bola dengan kelompok abang aku yang aku waktu itu 5-10 tahun lebih tua dari aku berserta pakcik-pakcik jiran aku. Dan aku mengikut abang menyokong Manchester United, hanya kerana Bryan 'Robbo' Robson, kapten England atau Kapten Mabel yang kakinya patah lebih kurang 20 kali kerana bola sepak. Waktu itu pasukan yang lebih ke depan ialah Liverpool dengan John Barnes, Ian Rush dan Peter Beardsley, termasuk Bruce Grobbelaar. Sepupu kami Izzani pula lebih minat Arsenal kerana dia meminati David Platt. Waktu itu aku ingat Arsenal ada Paul Merson, Tony Adam dan David Seaman. Ada lagi pasukan yang popular waktu itu - Tottenham Hospurs yang memiliki Lineker, Nayim dan Gascoigne dan Nottingham Forest yang dipimpin Clough.

Selepas Manchester United, Arsenal dan Liverpool mendominasi Liga Perdana, aku mula bosan. Aku beralih kepada pasukan Chelsea, sebetulnya bermula dengan Championship Manager '97.

Sebenarnya sebelum kami obses dengan Liga Perdana Inggeris, fokus kami pada Liga Itali, biasanya ada di kaca TV sekitar jam 2.30 petang tak silap aku. Waktu itu sudah tentu pilihan kami Inter Milan - kerana adanya Lothar Mattheus, Klinsmann dan Brehme. Jika ditanya kini sudah tentu aku lebih sukakan permainan AC Milan. Liga Inggeris? Aku masih kekal menyokong Chelsea.

Musim depan akan lebih mencabar. Khabarnya Liverpool berjaya membawa masuk Gareth Barry dan kini sedang fokus membawa masuk David Villa!

No comments:

Post a Comment