Sunday, June 29, 2008

Mastermind

SMS masuk : siapa mastermind di belakang isu ini?

SMS balas : aku syak Madir, Najib, Gani Patail dan Musa Hassan.

SMS masuk : apa stand Pak Lah dan KJ dalam isu ini?

SMS balas : belum tahu lagi....

Ini adalah political suicide. Aku hanya boleh maklumkan pada kawan-kawan bahawa ini adalah stage terakhir pertarungan politik di Malaysia. Jika DS Anwar kalah, maka Malaysia memerlukan seorang sehebat beliau untuk bangkit dari kegelapan yang pastinya akan berterusan.

Apapun, wajah Malaysia tidak akan sama lagi selepas semalam. Khabar tiris sampai ke telinga bahawa there's an intention to kill Anwar, politically and physically! Maka, isu keselamatan DS Anwar adalah cukup mendesak buat masa ini.

Ada beberapa teori kasar yang menerjah fikiran aku.

1) Ini kuasa Tuhan untuk menyatukan semula Pakatan Rakyat dan sebahagian Anwaris yang telah membakar jambatan atas faktor-faktor politik. Dan ini sekaligus akan menghumbang BN-UMNO ke daerah arkib negara.

2) Ini adalah permainan politik berstatus tinggi di mana perancangnya tidak mungkin mentah dalam sepak terajang politik melainkan cukup arif dan seorang pemberani, dan sudah tentu sangat kotor dan 'berpengalaman' zalim!

3) Ini hanya satu percubaan untuk melengahkan peralihan kuasa kepada sebuah kerajaan baru.

4) Ini adalah 'deal persatuan penyamun' (meminjam istilah P Ramlee) untuk mengalih fokus terhadap kepincangan mereka dalam pelbagai bentuk.

5) Ini juga sebahagian dari projek mengalih perhatian rakyat dari segala bebanan hidup dan juga kebejatan kerajaan BN.

6) Ini counter attack kenyataan bersumpah Raja Petra Kamaruddin - dan di sinilah sms balas pertama itu paling relevan jika mahu dikaitkan.

Apapun pada aku, pertarungan kali ini tidak mudah dan ia juga perlukan nada yang baru kerana ia bukan lagi persoalan dua tokoh tetapi antara sebuah kerajaan zalim dan rakyat yang inginkan pembaharuan dalam negara!

Dari pengalaman lepas, semoga kita belajar dan Malaysia kini memerlukan kita untuk mara menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment