Isu Yahya Shaari muncul selepas wujud tuduhan ada pegawai kanan MB Selangor, TS Khalid yang dituduh rasuah. Dan kini khabarnya untuk menyemarakkan rasa tidak puas hati kepada MB, isu perlantikan Ahli Majlis pula dibangkitkan.
Untuk aku;
1) MB Selangor telah mengambil jalan yang wajar - menggantung sementara tugas Yahya Shaari sementara penyelesaian isu dilakukan. Ini adalah langkah wajar dan untuk aku profesional. Sebagaimana sebelum-sebelum ini gesaan terhadap wakil rakyat BN atau mana-mana pegawai kerajaan jika dikaitkan dengan isu rasuah semasa siasatan.
2) Yahya Shaari gagal mengambil kesempatan ini untuk menguatkan tema Reformasi. Sudah tentu Yahya Shaari (atau mungkin siapa saja) akan melihat ini sebagai satu 'serangan peribadi' tetapi jika dia celik bahasa dan budaya politik negarawan, ini sepatutnya jadi batu asas untuk melonjakkan peribadinya sebagai ahli politik, lebih-lebih lagi seperti dakwaannya memiliki kelompok akar umbi di Selangor.
Jika aku, begini mungkin jawapan aku. "Saya menerima penggantungan tugas ini atas semangat Reformasi bahawa sebagai mereka yang berjuang, saya mahu dan perlu bersih dan dilihat bersih dari tuduhan salah guna kuasa dan berlaku korupsi. Saya mahu tegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya menuntut siasatan yang mahu dijalankan adalah bebas, adil dan boleh dipercayai dalam erti kata tidak menimbulkan keraguan. Saya hargai tindakan penggantungan ini sekiranya ini adalah jalan terbaik untuk membersihkan saya dari pertuduhan yang ada. Saya menggesa siasatan ini dapat diselesaikan selekas mungkin kerana keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan (justice delayed is justice denied)".
3) Jika benar TS Khalid hanya memaklumkan kepada Yahya Shaari melalui sms seperti yang dimaklumkan, ia untuk aku adalah sangat tidak profesional dan cukup memalukan.
4) Tuntutan Ahli Majlis tu aku perlu dapatkan data yang jelas. Jika Dr. Badrol Amin kata 80% ditolak, nak tahu juga 20% itu mewakili berapa ramai? Tapi PKR juga perlu jelas, bagaimana pula perasaan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat? Hal ini mungkin spesifik di Selangor, tapi umumnya hal yang sama harus dipertimbangkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
5) Sebagai parti yang mahu menerajui Reformasi (atau mungkin PAS suka istilah Islah), aku fikir obor Reformasi perlu dibawa sebaiknya. Acapkali perubahan (atas nama Revolusi) dalam sejarahnya telah membunuh harapan mereka yang mendokongnya. Sebab itu Reformasi harus dibezakan dengan Revolusi meski ada pada tahapnya saling tindih.
Yahya Shaari dan TS Khalid harus memilih bukan sekadar menjadi ahli politik. Rakyat mahukan negarawan!
Mengurus kemenangan adalah cukup mencabar!
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa negarawan? tidak ada dalam kerajaan pakatan rakyat. yang ada pembersih & pengurus yang baru belajar. biasalah kalau ada kesilapan sikit2. isu ni akan reda :)
ReplyDelete-kak sudah pilih jalan Muhammad Yunus skrg. harap2 semua 'pembersih & pengurus' baru boleh menjadi manusiawan macam MY. he he
Muhammad Yunus?
ReplyDeleteSiapa pun boleh jadi negarawan, tapi untuk mengekalkan status tu bukan mudah. Negarawan untuk saya tidak semestinya orang, tetapi keputusan dari pemikiran.
Siapa pun boleh sinis terhadap orang yang mahu jadi negarawan. Pasaran idea adalah bebas..justeru, apa juga yang mahu disebut, untuk saya kita muslim percaya kepada keadilan Ilahi di Mahsyar.