Friday, June 20, 2008

Kenapa Ya?

Aku fikir ramai yang salah faham dalam isu-isu kita sebagai muslim mengkritik pendekatan muslim lain dalam mengolah persetujuan terhadap agenda Islam. Kita di Malaysia mungkin penat dan lelah melihat sekian lama pertembungan sesama muslim (baca:melayu) dalam konteks Malaysia.

Aku melihat begini...

Dalam siri tunjuk rasa rakyat terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (lebih-lebih lagi pasca tuntutan Reformasi) ramai melihat demonstrasi rakyat perlu disusun dengan lebih kemas, rentetan situasi kacau bilau dalam tempoh tersebut. Kacau bilau ini muncul kerana dalam siri tunjuk rasa tersebut, sebahagian dari kita menjadi terlalu emosional, apatah lagi dalam situasi beramai-ramai. Juga kita tahu kemungkinan sabotaj yang dimunculkan oleh pihak-pihak yang kita tak dapat tunjukkan secara pasti siapakah mereka.

Maka, untuk menyusun lebih kemas, kita boleh lihat sesama demonstran saling mengingati, sebahagian kita menyediakan informasi pra-demonstrasi bagaimana kita harus memastikan tingkah laku kita tidak memberi wajah buruk kepada pergerakan untuk menyampaikan agenda kita. Banyak lagi sikap-sikap yang diambil untuk memastikan matlamat dapat dicapai dan keburukan dapat diminimakan (maksud aku kesan dari tindakan kita, sama ada jangka pendek atau sebaliknya).

Jujurnya, aku temui ramai teman dari kalangan aktivis PAS yang ikhlas (dari kaca mata aku, meskipun tidak cukup progresif). Dalam PKR pula aku temui ramai yang lebih progresif (dari kaca mata aku dan tentunya juga ikhlas).

Dalam realiti hidup..aku fikir keikhlasan perlu, malah dituntut..tapi tidak cukup...sebab itu dalam faham Islam, kita kenal istilah insan kamil..

1 comment:

  1. Keikhlasan adalah suatu anugerah yang sukar untuk diukur...

    Masih adakah lagi keikhlasan jika landasan perjuangan adalah berpaksikan kuasa politik?

    Perjuangan politik merupakan suatu perjuangan yang berpaksikan kuasa... Sukar untuk mencampur adukkan keikhlasan dengan kekuasaan..

    ReplyDelete