Hattan telah menerima sebelum itu, dan aku hadir mendengar gaya bahasa yang sedikit berbeza semasa dia menyampaikan Negaraku.
Ingat lagi sebelum PRU-12, Nawemee mencetuskan kontroversi negaraku yang di'rap'kan - rentak dan tambahan lirik. Maka ia diangkat menjadi wacana popular dalam negara oleh media kerajaan BN. Kenapa? Ia tidak sukar dibaca...ia dianggap membolehkan kempen 'hati-hati dengan Cina' dapat terus disemarakkan oleh mereka yang berkepentingan. Dan kempen ini dialihkan kepada bahasa nasionalisme - dengan dakwaan tidak patriotik. Ya, kita boleh saja membetulkan olahan muzik yang dikira mencemarkan Negaraku (lagu kebangsaan, meski untuk tujuan kreatif).
Ini tidak beerti bahawa mensinonimkan laungan azan Subuh dengan salakan anjing harus diterima, ia adalah satu serangan terhadap amalan agama secara nyata!
Usai PRU-12, timbul isu kononnya YB Speaker DUN Selangor menentang kod pemakaian - songkok. Tapi ia tidak berlaku. Dan YB Teng Chang Kim telah menjawab di blognya. Dan kini isu yang serupa timbul. Dan khabarnya Parti keADILan Rakyat (PKR) mengeluarkan arahan kepada YB-YB yang mewakili mereka untuk mematuhi kod etika ini. Di Kedah khabarnya EXCO-EXCO Kerajaan Negeri perlu menghadiri kursus khas berkaitan protokol dan etika majlis.
Jujurnya, kod etika ini bukanlah perkara fundamental sehingga perlu berbalah. Ia telah jadi amalan sekian lama. Persoalan protokol ini adalah persoalan yang selalu bermain di kampus, demi mengabsahkan tindakan yang tidak demokratik.
Isu istana (sebagai simbol ketuanan) diangkat lagi. Pasca PRU-12, isu perlantikan MB, bukan saja di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang baru muncul, tapi juga dalam negeri di mana UMNO-BN mendominasi dengan selesa!
Antara yang terkini, Sultan Selangor membuat kenyataan menghentam Pemuda PAS yang membuat protes isu Ella dan Mas Idayu akan membuat persembahan sebelum pertembungan Selangor-Singapura untuk sekian kalinya.
Kali ini dalam hal songkok, kita berharap pendirian istana lebih jelas, jika kod etika mahu dilaksanakan, kita suka sekali untuk melihat Raja-Raja Melayu sebagai simbol Islam memastikan Permaisuri Raja mengenakan kod etika yang sesuai sebagaimana yang tertulis.
DS Anwar, semasa zaman mudanya sering mengingatkan kenyataan "procedurally right, morally wrong". Semoga kita dapat mendisiplinkan diri untuk memisahkan persoalan moral dan disiplin. Aku suka memetik pandangan Kurt Hahn, tokoh dalam sebahagian disiplin aku (rekreasi luar) bahawa "freedom and discipline are not enemies, they are friends".
Jika kenyataan ini dilihat derhaka, maka derhakalah aku. Tetapi jika Raja-Raja Melayu melihat ini sebagai simbol kasih sayang secara umat, nescaya kita akan masuk ke era baru Negaraku, Malaysia!
Aku mahu menggesa wakil-wakil rakyat yang ada tidak terlalu banyak menonjolkan pergaduhan cara budak-budak. Jangan buang masa, setiap saat adalah berharga. Ada waktu kita beralah, kerana mengolah persetujuan tidak semestinya persoalan prinsip semata-mata, strategi juga penting!
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment