Wednesday, May 28, 2008

Bala

Ini bukan rahmat, ini bala!

1 comment:

  1. Salam

    petikan dari Babad Pendekar Jawa:

    "Pertamanya beliau masih terpasung dengan minda Umno. Ezam mendapat pendidikan politik dalam Umno dan beliau terlalu berbangga dengan pendidikan tersebut. Saya tidak mahu mengatakan semuanya jelek dalam pendidikan tersebut. Tetapi apabila kita bertambah matang kita perlu melakukan interogasi terhadap pendidikan tersebut. Beliau tidak dapat membuat anjakan kepada falsafah baru politik yang di bawa oleh Anwar Ibrahim. Ezam masih dalam kepompong politik perkauman, baginya politik pelbagai kaum tidak punya masa depan. Maka beliau tidak punya keyakinan untuk menjadi pemimpin kepada gerakan politik pelbagai kaum.

    "Kedua, ilmu yang paling banyak dipelajari oleh Ezam semasa dalam Umno adalah untuk menjadi bomoh intrik politik. Dan sepanjang dalam Keadilan Ezam, selain dari orang yang paling banyak menerima sumbangan dana perjuangan, adalah orang yang pakar dalam seni sepak terajang politik. Dan beliau amat berbangsa dengan seni tersebut. "Semuanya mungkin dalam politik," kata Ezam dalam NST hari ini. Dan tabiat politik Ezam mengkotakan apa yang beliau katakan. Minggu ini dia kawan baik si Fulan, dua bulan kemudian menjadi musuh numbor wahidnya, kemudian bergabung dengan si Fulan untuk membalun si Anu, kemudian berdamai dengan Anu untuk membelasah si Alif dan seterusnya ad nauseaum.

    "Sebagai seorang yang bersangka baik saya lambat menangkap mainan Ezam. Tetapi setelah berlaku peristiwa Anuar Shaari saya mula mengumpul ingatan apa yang Ezam pernah katakan kepada saya. Apa yang dahulu saya fahami sebagai tersurat saya mula melihat apa yang tersirat."

    Untuk edisi yang penuh sila ke http://republikkata.blogspot.com dan pindah turunkan sebuah ebuk mini, "Babad Pendekar Jawa".

    Terdapat banyak lagi kisah si pendekar jawa, Ezam Mohd Nor.

    *kisah pengembaraan Ezam dan Khalid Jaafar di Singapura, Ezam dan Khalid merupakan antara orang pertama yang mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahin ditumbuk oleh Ketua Polis Negara.
    *Siapa Pemegang Diari Merah?
    *Tahukah anda bahawa tempoh perkhidmatan Ezam adalah yang paling singkat di antara ketiga-tiga orang Setiausaha DSAI.
    * Azmin pernah tak bertegur sapa dengan DSAI selama lebih kurang tiga bulan, apa puncanya?

    Untuk mengetahui jawapan-jawapan tersebut sila ke http://republikkata.blogspot.com

    Zulfikar Samsuri
    Editor Blogzine Republik Kata

    ReplyDelete