Ini bukan cerita perincian satu persatu titik temu dan titik beza Sunni-Syiah.
Hanya kerana entri lepas berkisar hal Ezam, maka aku teringat satu detik yang kami atur bersama untuk bertemu sebilangan mahasiswa di Wilayah Ilmu ini melalui kumpulan diskusi kami - Diskusi Enak Wilayah Ilmu (DEWI). Semasa memperkenalkan jumlah kami yang hadir petang itu - sekitar berbelas orang juga, aku nyatakan bahawa kami ini dari pelbagai latar belakang kecenderungan pemikiran - Dakwah, Liberal, Sosialis dan Syiah juga ada. Bersama kami waktu itu termasuk Nazree Yunus, mantan pimpinan PMIUM dan kini khabarnya mengambil alih GERAK dari Ezam dan orang-orang kanan Ezam dalam PKR dulu. Itu mungkin pertemuan terakhir aku dan Ezam, dan selepasnya aku tidak hadir semasa GERAK mengatur jaringan dengan GAMIS dan lain-lain.
Ah, itu cerita sekilas dengan Ezam. Aku hanya mahu menggambarkan luasnya horizon pemikiran dalam masyarakat tapi nyata kami sedia berbeza secara aman.
Aku agak rapat dengan seorang rakan yang cenderung Syiah, tapi dia seorang yang aku hormati kerana luasnya horizon pengetahuan dan akhlaqnya. Gurau kami agak menakutkan, hingga jika orang tidak faham akan bertanya-tanya "agama apakah mereka ini?". Pernah dulu semasa kami balik dari Program Intelektual Awam yang dianjurkan bulanan oleh MEGC, aku tanya padanya "kenapa banyak aktivis muslim cenderung mengkafirkan orang lain?". Jawab dia "takut syurga penuh kot!". Begitulah contoh gurau kami yang mungkin hanya kami mengerti...itu sekadar contoh biasa.
Petang ini sengaja aku layangkan sms buatnya.
Aku : Salam, enta di mana? Apa pandangan enta, mampukah Sunni-Syiah berdamai? Sediakah Syiah menarik balik tuduhan ke atas sahabat r.a. dan isteri nabi s.a.w.?
Dia : Salaam! Min, pada ana isu ni dah lapuk dan tak relevan lagi. Orang sehebat al-Afghani dan al-Banna pun tak mampu selesaikan, masakan orang kerdil macam ana boleh selesaikan. Yang penting sekarang bukan mazhab, tapi apa yang masyarakat nikmati dari sumbangan kita.
Aku : Ana setuju, sayangnya banyak pemikiran hebat di dunia (Islam) berakhir buruk bila ia jadi medan takfir dan saling bertindak keras.
Dia : Yup! Sayangilah semua mazhab. Utamakan akhlak atas semuanya. Kata muslim lebih tinggi dari Sunni dan Shii. Jangan kita taasub. Ingat pada Voltaire? hehe (untuk makluman pembaca, Voltaire pernah berkata fanatisme adalah penyakit segala abad)
Aku : Tapi pada ana mencerca sahabat r.a. bukan contoh akhlaq.
Dia : Yup. Yang cerca memang tidak ada akhlak. Lebih-lebih secara terbuka dan tujuan untuk sakiti hati saudaranya. Sebab itu mazhab harus jadi ruang peribadi saja dan mungkin Islam dalam kerangka besar jadi ruang umum. Syiah yang suka kutuk-kutuk sahabat r.a. tidak ikut teladan Amirul Mukminin Ali.
Itulah sekelumit dari hal bertanya khabar kami. InsyaAllah kami sedang mengaturkan DEWI siri lanjutan...
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment