Hari ini Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mungkin akan termenung panjang selepas memegahkan UMNO keterlaluan di Parlimen tetapi gagal menjawab soalan sinis Ir. Khalid Samad (PAS-Shah Alam) untuk menamakan seorang tokoh kemerdekaan UMNO yang dipenjara. Itu pun jika Datuk Tajuddin orang yang benar-benar mencari makna sejarah.
UMNO, walaupun harus kita akui keterlibatan lewatnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan juga harus sedar bahawa bukan mereka sahaja malah telah ramai lebih awal ke depan menuntut kemerdekaan.
Aku ada kepercayaan sendiri tentang ini, bahawa jika tokoh-tokoh utama UMNO yang terlibat dalam proses kemerdekaan, malah jika Tun Razak dan Tun Dr. Ismail masih hidup, pasti mereka juga malu dengan UMNO (Baru) hari ini yang dibina dari keruntuhan sistem kehakiman sekaligus membuka jalur lebar untuk segala macam kebejatan. Dari hal ini suka atau tidak, seperti mana aku kekal berpendapat DS Anwar Ibrahim turut memikul tanggungjawab kolektif. Ya, ia mungkin peristiwa lalu dan beliau mahu insaf, malah mungkin mahu mengatakan rasa tidak setuju secara peribadi, tetapi itu tidaklah menjadikan tanggungjawab kolektifnya hilang.
Dalam era Reformasi 1998, ada hujah mengatakan kemenangan Tun Dr Mahathir terhadap Ku Li antaranya kerana Pemuda UMNO yang rapat dengan DS Anwar mendokong kempen beliau.
UMNO dalam pengkisahan sejarah, sama seperti DEB, ada bahagian baik dan buruknya dan dekat dengan konteks yang mahu kita lihat. Zaman menyonsong, mengertilah kita bahawa kita berada di satu era yang kian tajam. Dalam teori pembangunan masyarakat ke arah saling bergantungan, eloklah kita merenung semula prinsip-prinsip kenegaraan Malaysia.
62 tahun penubuhan UMNO, apakah wacana terbukanya tentang Negara Hasrat dan Erti Hidup Bernegara? Atau masihkah perhitungannya mahu memenangi hati pengundi semata walau apa caranya?
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment