Tuesday, May 20, 2008

Tak Tahu Malu?

Dengan bangganya tercatat bekas ahli UMNO no. 1 dan no. 2 dan pada catatan kenyataan ini dibuat bahawa UMNO berusia 62 tahun? Betulkah saat UMNO muncul 62 tahun lepas mereka adalah ahli no. 1 dan no. 2?

Ini bukan penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir dan isteri. Hanya sekadar menjelaskan lagi bahawa pakejnya telah lengkap sebagai perbuatan mantan Perdana Menteri yang layak disanjungi dan dikeji dari hal-hal baik dan buruk yang telah berlaku.

Jujurnya, masih terlalu awal untuk meneka..tapi aku setuju untuk mengatakan Pak Lah 1 Tun Dr M 0...tak mungkin Pak Lah akan berundur kerana ia hanya akan membuktikan dia lemah. Sebaliknya lebih baik dia memulihkan apa yang mampu sebelum peralihan kepimpinan Malaysia berlaku. Tulisan MSO dalam hal pengunduran Tun mungkin yang paling cocok dengan pandangan aku.

No comments:

Post a Comment