Hari ini hari lahirmu yang ke-33 bukan?
Semoga kau panjang usia dalam ketaatan,
Dipermudahkan rezeki berkat yang halal,
Serta dipelihara Allah s.w.t. dunia dan akhirat.
Aku masih ingat waktu kecil ikut bermain dengan Milin, Anas, Jon, Ee dan May - kita main bola sepak kertas, kita main kad dan kita main perang patung askar.
Dewasa sikit, aku ikut kau main bola. Ya, semua orang besar...masa tu orang panggil aku Korea - kerana tubuhku yang kecil. Tugas aku ialah 'curi ayam'.
Kadang-kadang kita main bola kat ruang parkir rumah, sampai mak marah sebab mak kerja shift malam di hospital. Bukan saja mak, kadangkala arwah makcik Asiah pun tegur.
Kita pun pernah main perang mercun satu taman dengan saudara-mara Talib.
Ingat tak waktu mak kunci rumah tak bagi kita masuk sebab menonton penggambaran filem di rumah arwah Nanto? Ya, kau yang pergi, aku hanya panggil...sebelum aku sendiri tersangkut di sana, haha.
Ingat tak lepas balik sekolah kita tolong mak jual kacang kuda dari rumah ke rumah? Petang sikit kau meniaga rojak dan air.
Ya, kadang-kadang kita gaduh. Banyak kali. Kita anak lelaki kan?
Aku banyak buat salah pada kau. Aku harap kau maafkan aku. Mungkin waktu itu usia dan pengalaman aku tidak cukup matang. Sekarang pun mungkin masih ada salah dan silap aku pada kau. Sungguh, aku manusia...percayalah tak pernah aku berniat menyusahkan.
Dalam diam sebenarnya aku banyak belajar daripada jatuh bangun pengalaman hidup kau. Sungguh. Dan ia aku kongsikan sebahagian dengan adik-adik supaya mereka tidak lupa tentang apa yang kita cuba ringankan perasaan mereka sekarang.
Maafkan aku. Air mata yang sedang tumpah ini tanda aku sayang kau.
Jaga diri. Aku bangga kau jadi abang aku.
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin,
ReplyDeleteKau adik,kawan,teman,musuh, yg tak bisa diganti dengan apa jenis matawang..
aku bangga dengan apa yg kau kecapi.kau penyelamat impian mak ayah..sedang aku gagal memberi harapan yg mereka ingin..
air mata aku bertakung baca artikel ini.sedang aku hanya dapat jumpa kalian...seminggu dalam setahun..
aku sayang kau!
inshallah aku akan jadi abang yang adil dan bertanggungjawap...
terima kasih...
terharu bc entri kau yg ni
ReplyDeletesbb aku tadek abg
mcmana nk zahirkan rs ada abg ya?
xpe laa..tggu la 20 Feb stp tahun bakal menjelma nnt, insyaAllah umur pjg, mgkn ada la entri khas utk seorang abang. walaupun bkn abang sndr.
br aku fhm knp fenzi ckp aku bkn spt anak sulung :)
korean dl2 katik la kot..tapi skunk byk yang tinggi menjulang dah..
ReplyDeleteseng il chuk ha hey aka hapi birthday to you...
erm kalo ade abg tapi tak rapat pun sama je mcm takde abg lin..
serius... mata aku juga mengalirkan air mata baca entri nie... sebab aku tak pernah menzahirkan rasa kasih sayang aku pada abang aku selama nie... huhuhu walaupun dia idola aku...
ReplyDeleteariff,
ReplyDeletebyk lagi aku nak tulis..tapi tak tertulis. terima kasih untuk waktu2 sukar dan senang bersama.
snm,
aku harap aku dpt ungkapkan rasa kasih pada kakak tapi aku tak punya banyak ingatan dengan arwah kakak aku kecuali keterlanjuran aku sebagai adik lelaki (setakat usia 5 tahun). puteri jauh muda brgkali, tapi mungkin dia yg sering aku cuba hiburkan. dan kalian, kau khususnya, mungkin antara mereka yg sering aku belajar memahami ttg perempuan. sungguh aku naif.
anggerik,
kita mungkin tak rapat kerana ego saat membesar sebagai remaja. ego itu mungkin menghalang rasa penghargaan kita pada saat2 pahit manis yg akhirnya mendewasakan kita. tapi ya, mungkin jarak usia juga mempengaruhi kemuraman kenangan.
azni,
tumpang ada waktu, biarlah dia tahu bahawa buruk dan baik dialah abang.
aku terlalu emosionalkah?
x,okay..
ReplyDeletegud job bro..;)
Amin..
ReplyDeleteBolasepak kertas! aku masih simpan,tapi yg ni aku beli kat ISETAN KLCC. ada syarikat buat kerja ni..tapi dah susah nak cari! satu kotak 3o hinggit...
ada padang plastic..goal post dan bola...canggih!
aku nak perturun ilmu kat arfan....hahaha main ngan dia kalau ada kesempatan!
kenangan mengusik jiwa...
kalu citer cenggini wut novel kan bguz..citer real..tetiber aku teringat lagu hujan..pagi yg gelap (kbetuln mmg hujan renyai pagi ni)
ReplyDeletedoa saja aku akan tulis satu demi satu tentang itu.
ReplyDelete