Thursday, December 25, 2008

Azam Tahun Baru...

Kadang-kadang aku rasa agak poyo untuk membuat azam tahun baru. Ramai juga penceramah motivasi ingatkan kita azam yang lama dah tertunai belum? Tahun baru kali ni agak menarik sebab dekat dengan Maal Hijrah.

Kalau kau perasan, bila kita buat azam (tahun) baru ni, biasanya kau akan bariskan sejumlah benda yang baik-baik atau kau nak jadi lebih baik daripada apa yang ada. See, manusia sukakan kebaikan sebenarnya kan? Sebab tu aku tak nak kau putus asa dengan masalah. Ia mungkin hanya satu cara Tuhan nak upgrade diri kau, maksud aku tahap kematangan kau terhadap sesuatu. Dah bersyukur belum? hehe...

Jadi antara perkara utama tentang 2009 yang aku harap aku dapat buat:

01. Ritual keagamaan

Aku rasa ini tipikal - kebanyakan daripada kita punya azam tentang ini. Walaupun mungkin azam kau tak seberapa, yakin cakap aku bahawa bila kau berazam untuk ini, aku akan sapot kau kuat-kuat. Kau jangan peduli apa orang nak kata.

Kata kunci penting dalam ritual ini tentu sekali berkait dengan ilmu. Maka aku harap kau tak gopoh. Aku harap lebih baik dari hal solat awal waktu, baca al-Quran dan beri sedikit masa untuk dakwah. Kau cuba lihat dalam diri dan tanya sebanyak mana kau pernah puji Allah s.w.t. dalam hidup kau? Ya, aku yakin aku, kau dan kita semua perlu beri sedikit masa untuk belajar cakap tentang kebesaran Allah s.w.t.

Kau akan rasa berat dan sedikit poyo untuk ini, tapi sebenarnya ia mencabar ego kau, sebab hari-hari kau cakap tentang diri kau atau benda-benda dunia yang kau kagum, minat atau suka..err, atau benci. Kau mungkin rasa macam tak layak nak cakap, itu sebenarnya bisikan syaitan. Kau tentu pernah dengar "sampaikan dariku walau satu ayat"...kau tak perlu jadi tok alim besar, cukup pesan benda-benda simple macam jagalah kebersihan sebab Allah s.w.t. suka. Mudahkan? Ayuh!

02. Disiplin dan Kebebasan

Aku pencinta kebebasan dan aku agak perfectionist kalau dalam hal menyiapkan kerja. Maka aku ingat pesan Kurt Hahn "freedom and discipline are not enemies, they are friends". Tahun 2009 ni memang agak mencabar, dan memang itu jangkaan MTT. Sejak habis Pilihan Raya, dah 3 YB consult aku ajak kerja dengan mereka di Parlimen - 2 Melayu 1 Cina, tapi aku buat keputusan mudah untuk patuh kontrak dengan MTT.

Ya, ia mungkin sesuatu yang merugikan dari segi pengalaman tapi aku fikir ada perkara lain yang mahu aku sudahkan dulu. Biar aku jujur, aku berharap untuk jadi pensyarah atau mungkin konsultan dalam bidang kepakaran aku. Aku mungkin masuk politik tapi biarlah aku cakap siang-siang bahawa aku tak suka politik hitam dan putih, aku mungkin akan banyak di jalur kelabu. Tapi aku lebih bencikan kezaliman berbanding politik hitam dan putih. Politik hitam dan putih pun sebenarnya manifestasi daripada kongkongan. Kalau aku masuk politik, kerja utama aku ialah empower orang. Orang politik tak perlu berlagak pandai sangat untuk beritahu apa kau patut jadi. Orang politik hanya perlu bagi tools untuk kau gunakan seluruh potensi kau. Aku yakin kau akan pilih yang terbaik.

Aku akan gunakan masa yang ada untuk tingkatkan disiplin dan kebebasan aku antaranya hadkan posting blog, hehe..

03. Duit dan Kewangan

Alhamdulillah aku rasa aku bukan jenis pemboros. Kebanyakan perbelanjaan aku memang punya tujuan khusus. Tapi aku tak dapat elak jika ada 1-2 perbelanjaan aku untuk perkara tidak perlu.

Tahun 2009 aku berazam untuk capai 6 angka dalam kegiatan perniagaan kecil aku dengan kerjasama kawan-kawan. Saving aku tak banyak, tapi boleh la kot nak buat kahwin :) ups!

04. Keluarga, Rakan dan Masyarakat

Aku berazam untuk lebih kerap balik ke Perlis pada tahun 2009. Sebenarnya aku sangat rindukan keluarga aku. Aku akan cuba kahwin semasa emak dan ayah ada (ups!). Maka, tahun 2009 ni aku tak tahu sama ada aku boleh dapat calon isteri ke tak, haha (agak poyo di situ, tapi aku serius ni...tak nampak ke aku tak senyum pun?). Sasaran aku 2010 insyaAllah berakhir zaman bujang aku (silap-silap 2009, haha). Tapi jika ia gagal...sah aku kahwin lewat sikit :p

Antara benda yang aku minta kawan-kawan buat di Perlis ialah sediakan anak muda dan aku akan bagi khidmat Pro Bono (percuma ok?) untuk empowerment. Maksud aku, aku nak kongsi pengetahuan, pengalaman dan 'kepakaran' aku dalam rekreasi luar untuk unleashing their potentials. Outdoor mungkin medium yang menarik sebab kau tak stress sangat dan gembira itu adalah satu daripada ciri utama. Aku tak percaya pendekatan marah atau maki yang kemudiannya berakhir dengan peserta menangis dan sebagainya. Entah apa-apa. Kau tak boleh unlock the key dengan cara paksa. Kalau kau berjaya ia sebenarnya tidak akan kekal dengan baik. Aku tak janjikan apa-apa pun, tapi aku selalu gembira bila tiap kali habis program, ada anak muda yang masih berhubung dengan aku (sampai sekarang) untuk ceritakan sejauh mana perkembangan mereka. Semoga Allah s.w.t. terima yang baik daripada ini sebagai sebahagian daripada amal baik aku.

05. Hiburan

Aku dah jadi gadget geeky? Mungkin. Aku dah ada MacBook, iPod Nano, SGH-i320N, Canon DSLR D40 dan sedang menanti gitar Gibson akustik aku hujung tahun ni. Sebenarnya aku taklah gadget geeky mana, aku hanya mahu bermesra dengan teknologi. Banyak benda ni pun adik aku Naim yang pandai guna dan aku belajar daripada dia sikit demi sikit. Aku dah tua kot untuk belajar benda ni? Tapi aku tak akan putus asa.

Blog? Aku nak bermesra juga dengan coding blog. Tentu aku tak boleh capai tahap macam mana sistem WauBebas.Org dan Emaillabs yang aku kendalikan bersama yang lain. Pendek kata aku nak cuba ikut arus teknologi di samping mengekalkan beberapa ciri hiburan lama seperti bermain gitar di tepi tasik :) Oh, aku mungkin sekali sekala nak jengok gigs kot, err.

Oh, aku akan ikut kelas 'renang dengan cara yang betul', hehe. Selama ni aku renang dengan cara sendiri je...

06. Ilmiah

Aku sedang menanti biasiswa ke luar negara. Doakan segala urusan aku dipermudahkan. Aku akan terus fokus kepada hal berkaitan alam sekitar (mudahnya resource based). Ya, aku nak sambung belajar lagi jika boleh. Penat memang penat. Aku tau ini juga menjadi cabaran secara tidak langsung kepada idea nak kahwin pada seawal tahun 2009 atau 2010. Tapi aku yakin, aku bukan loser yang biar my future wife dan family terkontang-kanting.

Aku tau banyak persoalan mungkin muncul (dari my future wife yang entah siapa), dari keluarga dan ramai lagi. Hurm...

Selain daripada itu aku akan ikut kelas English dari seorang kawan. Aku gembira kenal dia dan dia juga 'nampak macam gembira' nak polish aku. Dia memang biasa dengan World Debates dan baru-baru ni dia bagitau dia telah dipilih menjadi juri untuk World Debates. Aku harap 2009 ni bolehlah tingkatkan upaya aku tentang ini. Aku kena ambil inspirasi daripada pengalaman Abu Saif. Dah ramai juga orang aku tanya untuk belajar English tapi aku faham mungkin masing-masing pun sibuk.

Aku juga akan cuba terjemah buku pertama - Adam Smith: Nation of Wealth...

07. Travel

Dalam Malaysia aku belum pernah sampai Sarawak. Aku harap aku boleh sampai ke sana sekali. Perlukah aku ambil kesempatan sempena Pilihan Raya Negeri di Sarawak?

Selain daripada tu, aku nak ajak kawan-kawan mengisi masa lapang dengan Cuti-Cuti Malaysia. Oh ya, tentang rancangan aku ke Bali bulan 6 nanti, itu masih pending sebab aku masih fikir Triathlon tu bukan bidang aku, haha...Gila kau nak renang 1.5 km dalam keadaan aku pancit nak mampus sekarang ni.

* Aku tak susun ikut keutamaan, hanya apa yang aku fikir.

** Afiq dah ada blog rupanya, boleh pula dia tulis pasal aku di sini - terharu dowh!

17 comments:

  1. dh ade calon future wife?aku syorkan ko ngan wa*i.dia ok kan?haha...=P

    ReplyDelete
  2. aku ada calon, tapi biasalah..tepuk sebelah tangan selalunya tak berbunyi, haha :p

    ReplyDelete
  3. so ko kene la start dgn baik kan?klu x pandai amik hati payah jugak kan.perempuan ni lembut..ko jgn nk start sesuatu hubungan dgn bergaduh.confirm la payah..

    anyway,gud luck!!=P

    ReplyDelete
  4. amboi, apakah ini?

    kadang2 kita xmo gado pun, tapi kalau orang dah emo semacam sampai semua kita buat jadi salah pun payah...sabar jerla, human behavior ni unik, dan itu mencabar..insyaAllah aku tak mudah meletup :p

    ReplyDelete
  5. Rozita Che Wan pon single lagi amin.. relaks la...

    ReplyDelete
  6. abby ababi la..
    tp kalo aku diberi pilihan..
    nora danish dulu la kot..
    hahahaha..

    ReplyDelete
  7. ababi?

    hahaha...ceh, masa dia jadi waitress kedai makan kat kajang dulu kau tak nak makan sana sapa suruh, hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha..
    aku akui kesalahan itu n tidak sengaja..
    harap empunye name tidak marehh..
    huhuhu..

    dulu time dia blaja kt convent 2 kenal dh..
    ade no phone lg beb..
    even dh dia femes cite putri pn..

    tp ye la..
    aku ni bkn nye anak lord memane..
    so, mane nk pandang sgt...
    2 la, elok kapel ngan aku je..
    xde la cmni..
    hahaha..

    nora oh nora..
    dh janda pn melotup lg..
    hohoho..

    ReplyDelete
  9. macam harem!

    dia berlakon je citer putri, bukan putri betul pun, hahahahaha :p

    ReplyDelete
  10. mmg la..
    tp ok la..
    aku kan tengku..
    huahahhaha..

    ReplyDelete
  11. sayang anak mohtar dah meninggal kalau tak aku suruh mak merisik....

    amin kalau susah sangat,hang suruh mak cari....senang! lagi berkat

    ReplyDelete
  12. pilihan mak, berkat hgga ke syurga, min :)

    klu si dia yg manny maksudkan, aku setuju sgt. sbb td ada respon yg baik ms aku borak kt fon dgn dia td. hihihi :p kau teruja nk tau ke? :p

    ReplyDelete
  13. ariff, hang nak pak mertua yg tu? sabar jerla..

    ReplyDelete
  14. haha...bukan nak kawin ngan pak mertua ,....anak dia.....hahah

    al fateha buat sang allahyarham! perogol dia hanafi pun dah kena gantung jumaat kemarin....

    kak cik adik reza pun dah nikah....

    aliyah dah nikah....abedah pun dah mengandung...

    ReplyDelete
  15. tang part kakcik nikah tu ramai yg terkuciwa, hahaha

    teringat aku kecik2 dok pi tadika dgn dia, baca quran majlis penutup, dia baca tafsir...

    tapi laluan hidup selepasnya tersangatlah berbeza...dan kami bertemu di Kuala Lumpur dalam realiti yang unik...nanti aku tulis bila2..

    ReplyDelete