Thursday, December 25, 2008

Tsunami

Ini cerita 4 tahun lalu - Tsunami. Ya, 24 Disember adalah tarikh sebenar tapi kami hanya sempat ke sana beberapa hari sesudahnya.

Waktu itu aku antara orang kuat kampus. Agak annoying bila TNC panggil aku dan cakap "kau jangan berpolitik pula di sana" (wtf?). Mungkin kerana kawasan yang akan kami pergi ialah Kuala Muda, Kedah di mana kawasan tersebut dikatakan kubu kuat PAS. Ah, ada masa lagi nak berpolitik dalam waktu macam tu? Entahlah, dia yang fanatik politik nak kata kat aku, ceh!

3 bas kami bertolak dengan sejumlah pakaian dan bekal makanan yang ada. Kami datang dari pelbagai kolej kediaman. Sampai di Kuala Muda lewat petang. Malam itu kami buat lawatan awal. Kami diagihkan oleh pegawai BTN yang memang sedia ada di sana. Seingat aku malam pertama aku bekerja dengan abang-abang askar untuk dirikan khemah G10. Mujurlah masa kem hutan dah biasa dengan khemah ni, kalau tak boleh muntah juga buat kerja malam-malam dalam 6 orang saja.

Aku kadang-kadang tak faham dengan sebahagian 'sukarelawan' yang hadir. Ada yang rasa tak senang bila kami kena tidur dalam bilik darjah dan surau, ada yang poyo tunjuk pandai bising masa taklimat dan yang lebih celaka malam tu ada pula sampai nak bertumbuk hanya kerana tak dapat bersama kawan-kawan selepas 'sukarelawan' ini diagih. Macam biasa aku ambil alih taklimat daripada Adli dan ayat pancung aku pun keluar.

Adli datang bisik pada aku kemudian bahawa ada mamat senior dia di kolej tak puas hati sebab kena ayat pancung aku. Mamat ni budak Kedah dan ayat dia "peringat dia ni kawasan aku". Haha, aku senyum saja pada Adli dan suruh kirim salam pada mamat ni. Ada seorang mamat tu sampai dah nak bertumbuk dengan Rahman. Aku dan Nizar berbulu je tengok sampai bila situasi dah tegang aku masuk campur juga. Nizar bisik pada aku "Kita tengok je dulu".

Kau tau sebab apa geram? Sebab mamat ni siap angkat kolar baju dan asal cakap sikit je dok jeling budak-budak perempuan. Siap tinggi suara "kalau kau nak jomla" sambil siap sedia nak bertumbuk. Nasib la dia buat kat Rahman, kalau Nizar yang kena macam tu aku rasa dah kena penumbuk sulung dah budak tu. Aku agak pantang bila buat kerja ada yang nak tunjuk hero bodoh ni. Mujur malam itu tak jadi apa-apa. Aku anggap ia selesai walaupun mungkin ada yang simpan dalam.

Esok pagi kami diagihkan ke kawasan masing-masing. Sukarelawan sangat banyak sampai berlebihan pula. Kami dapat masuk ke kawasan yang telah dihalang untuk orang ramai. Serius aku rasa Tsunami ni sangat dahsyat, sukar aku nak cakap. Aku habiskan masa borak dengan orang tua-tua dan budak kecik. Pakaian memang berlambak dan siap ada yang bergaduh kerana rebutkan pakaian ni. Tapi agak annoying juga bila ada sebahagian pakaian yang di'derma' ni sebenarnya ialah kain buruk. Tak ada hatikah mereka yang buat begitu?

Aku rasa antara benda penting yang perlu diambil berat di kawasan bencana alam ialah kebersihan. Kes ini sama macam masa aku buat bantuan banjir di Johor. Tentu sekali ada perbezaan ketara sebab Tsunami ini agak dahsyat sampai satu apa pun kau tak boleh selamatkan dari rumah kau. Rumah 2 tingkat pun boleh terbalik dan dihanyutkan. Kalau kau tengok sendiri, kau akan tahu betapa besarnya kuasa Tuhan. Sistem penyampaian bantuan juga kurang teliti tapi umumnya baik.

Pakcik-pakcik di sana agak cool, terima dengan hati terbuka meskipun jauh di sudut hati mereka ada galau yang tak terungkap. Mereka juga zahirkan rasa tak puas hati kerana ada pihak tertentu seolah-olah mahu conquer bantuan - inilah celakanya politik hitam putih! Siap satu pagi tu aku pula jadi makmum tunggal dengar tazkirah percuma dari seorang pakcik ni tentang Kuasa Allah s.w.t., pakcik ni memang tabah. Dia bagitau masa tu banyak kenduri maka tidak ramai yang ke laut.

Aku rasa Malaysia memang perlukan satu sistem yang lebih berkesan dari hal bantuan bencana alam. Aku memang nak maki saja mereka yang gunakan waktu-waktu macam tu untuk political milage. Aku doakan kau tak akan berjaya dalam dunia politik kalau niat kau busuk.

Kami tak lama, hanya dua malam di sana. Pulang dengan penuh pelajaran walaupun rasa tak puas.

* Kalau kau ingat, tak silap aku laporan audit negeri Kedah pernah tunjukkan bahawa MB pada masa itu salah guna duit bantuan Tsunami ni. Jika benar, memang siallah.

** Aku tak tahu apa nasib mangsa yang ada sekarang. Semoga Tuhan memberikan kebaikan yang banyak kepada mangsa dan sukarelawan. Aku harap dari masa ke masa aku akan punya masa meringankan beban mereka yang memerlukan. Erti hidup pada memberi :)

*** Sambil menaip aku cuba bersiul nyanyi lagu ST12 yang agak leleh tapi muziknya boleh buat kau goyang-goyang sikit badan sambil buat kerja (hahaha) - kredit to Thip dulu baru den carnal, haha (dah sah-sah aku dan Thip pernah dengar lagu ni lama dah, hehe)

"kau gadisku yang cantik, cuba lihat aku di sini, di sini ada aku yang cinta padamu..."
"kau gadisku yang manis, cuba lihat aku di sini, di sini ada aku yang sayang padamu.."

9 comments:

  1. ceh..
    tetapi ko melayan smbil goyang2 skrg smbil dgr lagu ni dr page aku..

    huahahaha..

    ReplyDelete
  2. hem..sronok melaya hati nmpk? maklum la..respon baik dr si dia..upss:p

    ReplyDelete
  3. ni kau kata kat sapa ni?

    ewah ewah ewah, kau ingat hati aku semudah tu? tolong sket k? tegas ni.

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    nnt kan dia nk naik keta bersama..
    huahahaha..

    abg gk nnt kesengalan..;p

    ReplyDelete
  5. abang kay: x pyh ler rs mcm tu. iskk..oh ye laa..ada org dating nnt..upss..

    ReplyDelete
  6. ok..
    abg xtunjuk sgt la..
    tp mmg tau dia hepi nnt..
    kan b..;p

    ReplyDelete
  7. kunun..
    nk jln kaki..;p

    cucuk BFP n WGC lg 2,
    xingt dia punye laju..
    kan dh slh exit..

    huahahaha...

    ReplyDelete
  8. aik, tu pun boleh jadi point?

    kete kecik, okla tu...

    ReplyDelete