Aku nak tengok Twilight semalam, tapi tak jadi :p Gila kau cerita hantu wei, hahaha. Ops.
Aku tak tau kau pernah dengar tak ayat "sesuatu yang tak membunuh kau akan membuatkan kau lebih kuat?"
Kadang-kadang aku quote juga ayat ni dalam latihan outdoor(s) yang aku buat. Ya, outdoor ialah cerita pengalaman, ia bukan cerita teoretikal semata-mata. Dalam dunia ni ada orang minat filosofikal dan ada yang minat praktikal. Tak silap aku, umumnya ada 8 ciri kebijaksanaan manusia.
Kalau kau jenis praktikal kau jangan kutuk orang teoretikal dan begitu sebaliknya. Kau boleh saling melengkapi. Kau tentu pernah baca karya klasik lama - tentang si pekak ditugaskan meletupkan meriam, si kurap ditugaskan mengangkat buluh dan sebagainya. Sebenarnya itu adalah konsep adil - meletakkan sesuatu pada tempatnya. Aku selalu rasa sesuatu itu akan jadi yang terbaik bila kau dapat letakkan ia pada tempatnya. Justeru, fikiran aku selalunya bertitik tolak daripada 'justice-centric' atau keinginan yang kuat meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Meletakkan sesuatu pada tempatnya juga sebenarnya berkaitan dengan konsep masa. Sedikit sebanyak tajuk entry ini menjelaskan kaitan konsep masa itu. Ya, sesuatu yang baik atau buruk pada kau pada satu waktu, mungkin menjadi sangat buruk atau sangat baik pada kau untuk waktu yang lain.
Dalam kehidupan, sebab aku terlalu kuat didorong oleh rasa nak cuba terapkan 'justice centric' dalam hidup aku, maka aku menerima hikmah dengan cara berbeza.
Kau tentu pernah dengar orang cakap "berdakwahlah dengan penuh hikmah". Selalunya ayat ini ditujukan apabila kita melihat pendakwah bersikap keras. Sebenarnya pada aku hikmah tidak semestinya lembut. Hikmah ni pada aku ialah bila Tuhan campakkan kesedaran di saat sesuatu itu berlaku. Ini hanya berdasarkan pengalaman, kadangkala dengan nada yang sedikit tinggi itu aku jadi sedar. Tahu, sedar dan kekuatan mengamalkan pula memiliki perbezaan yang tersendiri. Di zaman limpahan maklumat ini, ramai di kalangan kita tahu macam-macam (walaupun kita juga akui kita tak mungkin tahu semuanya). Tapi kenapa di zaman tahu macam-macam ini, macam-macam juga kejahatan yang pelik-pelik boleh berlaku?
Aku pernah jumpa DS Anwar, Khalid Jaafar dan Ezam dan mendengar ayat yang sama daripada mulut mereka sendiri. Kata mereka lebih kurang "bila buku yang sama dibaca berulang kali dalam realiti cabaran zaman yang berubah, ia juga memberi tafsiran yang pelbagai". Ya, sebuah buku yang sarat dengan idea juga harus difahami konteksnya.
Kau mungkin pernah melalui satu pengalaman yang sangat buruk, sangat pahit dan sangat pedih untuk kau ungkap. Tapi aku harap kau tak akan putus asa. Aku selalu ada keyakinan bahawa orang yang berjaya bukanlah orang yang tak pernah jatuh tapi mereka yang bangkit semula daripada kejatuhan. Untuk bangkit daripada kejatuhan, ia memerlukan kekuatan dalaman yang bergantung kepada sejauh mana kejatuhan itu memberi kesan kepada hidup seseorang.
Kau mungkin perlu ambil masa untuk bangkit. Jangan risau. Kau hanya perlu kurangkan tanggapan negatif sebab kalau kau jenis yang jujur, aku percaya kau telah cuba yang terbaik. Dunia memang ada orang zalim dan sebab itu orang baik ada juga. Pendek kata, bila kau jujur pada diri kau, kau tak akan takut untuk berubah. Kau jangan biar diri dalam state of denial. Akui saja kelemahan kau jika ada dan move forward - memang akan ada yang perlecehkan kau. Kau jangan layan sebab mereka ni semua L.O.S.E.R yang berani dalam zon selesa mereka saja. Mereka ni manusia paling penakut when it comes to situation that peoples might judge them. Mereka tau mulut puaka orang lain akan tunjuk lebih banyak ke-L.O.S.E.R-an mereka. Mereka tak berani rasa apa itu failure sedangkan di sebalik failure tu ialah effort yang kau bagi. Tapi kalau kau fail without try, aku simpati dengan kau tapi tetap nak bagitau kau supaya masih ada masa untuk kau cuba.
Hidup jangan berhenti belajar. Kalau kau fikir sijil SPM, matrik atau universiti itu hebat, biar aku bagitau kau Bill Gates berhenti Harvard untuk buat apa yang dia ada sekarang. Sebenarnya kata kunci yang penting untuk aku - otak kau mesti bergerak dan hati kau mesti baik. Kau nak pakai skema atau macam mana pun aku tak kisah asalkan sopan. Tapi kalau kau tak mampu, kau jangan rasa rendah diri sebab aku masih nak dengar pandangan kau. Aku tak mahu kau rasa down sebab aku nak kau rasa diri kau manusia yang ada harga diri dan berhak nikmati hidup yang lebih baik.
Kau jangan jadi pengecut. Cabaran sebenarnya hadir dalam hidup kau bukan untuk mematikan langkah perjuangan. Cabaran hadir untuk memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kau menghadapinya.
Ingat juga, kejayaan atau kegagalan masa depan tidak bergantung kepada kejayaan atau kegagalan kau pada masa lalu tetapi apa pilihan yang kau buat SEKARANG.
Rain or shine, life must goes on.
Hadapilah dengan senyuman.
Aku selalu ada jika kau perlu orang untuk mendengar...
* Tulisan ini terinspirasi daripada Definitely Maybe lakonan Ryan Reynolds - "a second look at the past wil give him a second chance at the future".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
twilight bukan horror okehh! love story laa. hampehh! camni nak jd edward cullen?
ReplyDelete........kdg2 keadaan,masa yang tak sesuai menyebabkan sesuatu perkara tu bertambah parah..walaupun masalah tu kecik je pada pandangan orang..dan bila di fikir balik rasa bodoh n loser sbb tak mampu nak atasi masalah yang dianggap kecil oleh org lain...dun have a word to describe it..feel very terible..(feel it once last year during winter juga)winter really influence my mood...dan tak sume org diberi kekuatan dan keberanian..ade satu mase serasa diri ni semcm anak kecil yang tak mampu berdikari..tapi tula hidup ni macam roda..mane ade bahgia selalukan..
ReplyDeletebetul Zai, as we chat at YM..i know u can do it my sis.
ReplyDeleteurmmm...ade benarnya...=P
ReplyDelete