Malam ni aku rasa sangat seronok, dari lepas Isyak tadi aku lepak dengan den, Fuad, Gomok, Ewan dan Afiq. Sebenarnya aku, Fuad dan Afiq jumpa untuk bincang projection perniagaan kecil kami bagi tahun 2009.
Sejak Fuad kahwin dengan Fatim, mereka pindah ke Ampang. Jadi, kami sangat sukar bertemu. Ya, memang baru-baru ni kami jumpa di Bukit Cerakah tapi masa sangat terhad untuk berborak seperti biasa. Kalau dalam hutan, tidur 3-4 jam tu kira syukurlah.
Korum kami memang tak cukup sebab masing-masing pun dah kerja. Yang masih ada di Lembah Klang ni pun jarang-jarang dapat jumpa. Bila dah jumpa, kau kena siap sedia jadi 'bahan' (objek untuk dikutuk). Oleh kerana kami rapat - boleh kata dah kenal karakter masing-masing, maka soal terasa dengan kutukan tu hampir tidak ada. Tadi aku rasa nak pecah perut ketawa sampai terbatuk2 dan berair mata. Aku rasa kalau ada Comel, Mat Zul dan Chee tadi...memang tak balik lagi kami sekarang.
Walaupun kalau kau tengok mereka ni macam tak boleh diharap, kalau kau tahu apa kelebihan mereka, kau akan rasa mereka banyak kelebihan. Kau jangan fokus kepada hal yang kau tak suka sebab ia tak menguntungkan apa pun pada diri kau. In fact, kau harus ingat ada benda dalam diri kau yang mungkin orang lain tak suka. Ini pun kira give and take.
Dari dulu aku ni boleh dikira all-rounders, orang putih kata Jack of all trades. Tapi pensyarah kami ingatkan jangan jadi Master of None, tapi at least Master of One.
Kau tentu ada kawan-kawan baik yang kau boleh cerita apa saja tentang hidup kau. Ia mungkin tak termasuk cerita-cerita yang tak normal la misalnya cerita dalam kain kau.
Aku ucap tahniah kalau kau ada teman yang boleh dengar masalah kau. Penting untuk kau punya teman yang boleh dengar dan bagi pandangan yang baik. Tapi awas, dalam banyak hal bila kau ada masalah, ada teman yang akan sentiasa please kau walaupun sebenarnya mereka tahu cara atau pilihan kau salah. Kau mungkin suka teman yang macam ni sebab sekurang-kurangnya ia buat kau release. Kalau aku, aku suka orang bagi pandangan jujur walaupun kadangkala ia sangat pedih untuk didengar.
Akhirnya aku rasa kalau kau rapat dengan orang secara jujur, banyak benda dalam hidup ni kau akan lalui dengan OK. Kau boleh berlakon kau baik depan orang, tapi kalau kau sebenarnya fake, jiwa kau sebenarnya tak merdeka.
Jadi orang baik sebenarnya tidak susah dan tidak poyo. Hanya saja jika kau sedar yang hidup lepas mati itu terlalu dekat dengan diri kau.
* Selamat Menyambut Maulid Nabi Isa a.s. :) hohoho, dah gantung stokin belum? :p
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment