Friday, December 19, 2008

Bawa Kereta di Ibu Kota

Walaupun hampir satu dekad di ibu kota, aku hanya mula berjinak-jinak dengan jalan di KL bermula hujung 2004. Bukanlah tak pernah keluar kampus, maksud aku di sini ialah bawa kereta mengharungi jalan di ibu kota.

Masa semester 1 Diploma dulu, Bell yang bawa aku ke Pudu Raya dan KLCC. Masa tu rasa macam apa je - seorang mamat tabligh yang boleh dicamkan dengan kopiah jaring dan seluar sinting berjalan di tengah KL :p Lupa, memang style muda-muda sejak zaman sekolah, mesti galas beg. Masukkanlah satu dua buku yang mungkin dibaca waktu saat bosan.

Biasa kalau aku keluar dari Serdang, tujuan aku hanya 1) ada janji temu dengan orang atau ke program di luar kampus (selalunya forum), 2) ke kedai buku sama ada Pustaka Indonesia di Masjid India, MPH atau Kinokuniya (masa tu Borders tak ada lagi) dan 3) Shopping.

Masa mula-mula pakai kereta tahun 2004-2005, boleh kata aku tak ke mana pun. Takut seh bawa di jalan KL. Setakat keluar dekat-dekat tu adalah. Oh, pernah sekali masa tahun 2 Diploma aku bawa kereta Gomok. Masa tu kami bertungkus lumus siapkan makanan di rumah Dila di Sungai Besi. Sudahnya masa aku balik ke kampus terlajak sampai ke Kajang, haha. Kereta old skool Gomok tu memang agak takut nak bawa sebab panjang. Jalan KL beb! Seingat aku hanya Gomok dan Fufu saja yang bawa kereta masa tu.

Dalam hal bawa kereta ni memang aku kena banyak terima kasih kat Fufu yang banyak ajar 'disiplin' memandu di KL. Sumpah seranah tu memang tak lekang dari mulut Fufu. Kena pula aku bawa kereta perlahan dan hati-hati. Kalaulah kamu dapat tengok bagaimana rabaknya lantai kereta lama Fufu dulu, memang macam langit dan bumilah gaya pemanduan kami.

Sebenarnya aku tulis entry ni untuk membebel hal semalam. Kami solat di Petronas tengah jalan kerana jalannya macet! Dari rumah aku di Bukit Serdang nak ke Petronas F1 tu saja dah ambil masa 45 minit!

Hari ini aku keluar ke Bangsar lagi, jumpa kak Altaf. Ingat lepas tu boleh jumpa Pak Din, tapi dia macam berada di tempat yang sibuk sebab masa dia call balik tu sangatlah tak dapat dengar bunyinya kerana suasana bising di belakang. Aku tertanya adakah Pak Din sedang menghadiri Rock the World? haha...

Ceh, hari ini Rock the World dan kenapa aku sedang menatap laptop ini! :p

No comments:

Post a Comment