Baru balik dari Public Intellectual Forum (PIF) - acara bersiri anjuran MEGC. Kali ini bukan di tempat biasa, Shah Village Hotel tapi di ruang besar pejabat MEGC. Kehadiran kali ini agak luar biasa. Sayang Eekmal tak dapat hadir kerana ke Permatang Pauh (kawasan bos dia) dan tempatnya diambil oleh Wan Hamidi, jurnalis kanan yang kini menjadi editor akhbar Rocket milik DAP.
Aku tak dapat lama kerana terpaksa menghantar Naim ke Stesen Bas Jalan Duta sebelum kembali dengan Najwan. Ya, tentunya aku tak tahu bagaimana ke Jalan Duta dari Bangsar. Semasa kami bertolak, pembentangan kertas kerja berkenaan Pasaran Bebas ini baru masuk 15 minit dan kami balik semasa sesi soal jawab berlaku.
Suasana perbincangan agak teratur dan menarik. Tapi tentunya yang mengejutkan aku ialah kenyataan bahawa Wan Hamidi kini beralih daripada kecenderungan Sosialisme kepada Liberalisme (baca: Liberalisme Klasik). Aku rasa macam bermimpi. Sungguh.
Sebelum sesi bermula lagi beliau menegur aku. "Amin, kau pun antara yang kuat mendokong Pasaran Bebas kan?". Terkejut juga aku dari mana dia tahu - tentu Mus bagitau. Ya, tentunya waktu itu aku sangkakan beliau akan membantai kapitalisme habis-habisan dan otak aku ligat menyediakan soalan-soalan berunsur Sokratik untuk menjawabnya, haha.
Majlis kami diakhir dengan persembahan muzik kawan-kawan antaranya lagu Getaran Jiwa dan Smoke On The Water.
Di akhir program, sempat berutus sms dengan seseorang yang dilanda kesibukan (mungkin beban kerja yang banyak). Entah apa silapnya aku ditempelak. Aduh! Manusia memang unik dan pelik. Semoga Tuhan memudahkan dia.
* Teman yang di'stranded' di Beijing itu baru pulang. Pergh, 3 hari tu tentu satu waktu yang aku mahu tahu apa yang dibuatnya selain dari menagih ole-ole Beijing, haha
Friday, December 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment