Saturday, April 18, 2009

Sebahagian Masalah Manusia Sebenarnya Bukan Masalah Sangat Pun

Pada aku, setiap pandangan manusia ialah hipotesis, bukan kesimpulan. Tapi ia mungkin hampir kepada kesimpulan.

Kenapa?

Sejak aku belajar sains sosial, pengertian dinamisme kemanusiaan itu cukup tinggi. Sebab itu aku tidak hairan bila dalam kelas Ijazah Sarjana aku dulu, budak-budak Sains Tulen rasa sedikit tertekan. Dan sebab itu juga, dari seorang budak Sains Tulen, aku beralih menjadi budak Sains Sosial.

Di Fakulti aku dulu pun ada perang dingin kelompok Sains Tulen dan Sains Sosial. Tapi haruslah bidang aku terpinggir kerana kami sangat minoriti. Kesian pun ada dengan pensyarah-pensyarah aku yang semangat juangnya tinggi tapi sering diperolokkan pensyarah-pensyarah Sains Tulen yang rasa lebih tahu bidang yang bukan pengkhususan mereka pun.

Sebenarnya di luar pengkhususan pun jika kita ambil tahu, tidak jadi masalah kerana jelas sangat hujah alas untuk mempertahankan kenyataan awal itu tidak kuat.

Dalam Sains Sosial, tidak perlu dinyatakan bahawa tiap manusia itu berbeza kerana itu adalah hakikat yang bersifat absurd - tidak boleh diperdebatkan. Tapi dalam teori Sains Sosial, ia lebih kepada paten tingkah laku manusia.

Benda ni dulu aku rasa pernah tulis dah. Dalam pembentukan borang soal selidik, jika kita tak betul-betul memahami Sains Sosial, ia akan jadi sangat cincai. Dan aku pernah bantu pensyarah di fakulti lain buat penyelidikan lapangan (sebagai enumerator), aku dapat lihat secara ketara masalah ini. Dan bila aku ambil kelas Pensyarah Penasihat aku dulu (semasa Ijazah Sarjana), aku dapat lihat betapa seronoknya Sains Sosial. Kalau kau fail dalam pembentukan borang soal selidik (instrument), akan timbullah masalah lain dalam analisis. Masa Ijazah Sarjana Muda, kami hanya belajar asas, itupun dalam kelas khas. Kena pula penyelidikan aku ada berkaitan dengan size effect yang secara tak langsung berkait faktor sosio-budaya.

Tapi realiti di Malaysia beza. Fenomena ini sering aku luahkan kepada Ustaz Hasrizal sebagai gejala quick fix, meminjam Stephen R. Covey. Manusia ada pendapat, tapi dalam proses berbeza pendapat, manusia lekas nak masuk kepada kesimpulan tanpa mahu menekuni perbezaan pendapat yang kadangkala tak ada apa sangat pun.

Kata orang, contoh mudah membezakan orang Sains Tulen dan Sains Sosial ialah Orang Sains Tulen cenderung berfikir 1+1=2 dan orang Sains Sosial pula 1+1 tidak semestinya 2. Tapi contoh ini tidaklah rigid. Rasanya baru-baru ni aku ada sembang dengan Ramzi pasal ni semasa kami borak pasal UPM dapat anugerah MTE. Sudah tentu kami bangga dengan pencapaian tersebut, tapi teknologi itu sebenarnya telah agak lama di Amerika.

Aku tidak maksudkan orang Sains Tulen mesti berfikir 1+1=2. Maksud aku ialah fleksibiliti berfikir orang Sains Sosial lebih lentur berbanding orang Sains Tulen rasanya. Harus diingat juga, orang Sains Tulen ni biasanya di zaman sekolah ialah orang yang hebat-hebat pelajarannya.

Perkara ni pun ada sangkut paut lama juga bila kami bualkan tentang kepimpinan Tun Dr. Mahathir dan lain-lain. Dia orang Sains Tulen. Tapi sepanjang proses, aku rasa Tun pun dah kaya dengan pendekatan Sains Sosial, lagipun beliau banyak membaca.

Sains Sosial sebenarnya sangat manipulatif tapi itu cool. Yalah, bila kau cakap pasal manusia yang banyak karenah, banyaklah penemuan kau. Di sana antara sebab lain kenapa aku lihat pandangan libertarian tentang Individu Merdeka itu cocok dengan fitrah manusia sebagaimana kehendak Islam. Tapi jangan fikir macam orang Sains Tulen bila aku kata begitu. Hayek sendiri ada tulis tentang Individualisme: Yang Hak dan Yang Batil. Baca!

Penat juga aku ulang sejak dulu bahawa kehendak perbezaan manusia di dunia ini ialah ketetapan Tuhan dan Tuhan nak kita saling berkenalan. Di sana ada saling tindih paten yang sama dan beza antara kita. Tapi Tuhan juga tetapkan beberapa prinsip lain yang umumnya bertujuan untuk mencapai apa yang disebut Maqasid Syariah. Inilah konsep Team of Rival - insyaAllah kaya perspektif dalam kerangka prinsip.

6 comments:

  1. 1+1=11 la..(wakil dak sains jawab)
    org sains sosial cuba memanipulate data yg dipelajari oleh pelajar sains tulen ;)
    senang jer, kedua2 ilmu ni ada hubungkaitnya.
    Sains tulen asalnya bermain dgn teori & akan cuba dibuktikan melalui penyelidikan. Sains boleh dilihat dengan naked eye tapi biasanya sukar dibuktikan. Bab tu yg me"nanah"kan kepala.
    Bagiu saya yg dah berada dialiran ini, ianya bukan pilihan tapi ketentuan Tuhan. Mungkin jiwanya disini.
    Sains sosial & tulen mesti bekerjasama "Ini serius mesti tolong negara"..wonderpets takkan dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. Agree.

    Aku tak cuba menangkan Sains Sosial pun.

    Ramai org suka fikir hitam dan putih. Kenapa tidak fikir bahawa perbezaan tu utk dikenali? Itukan konsep lita'arafu dalam al-Hujurat ayat 13?

    Bila kita mula dgn konsep yg salah - maksud aku perbezaan tu bukan utk dikenali, haru jadinya!

    ReplyDelete
  3. Saya tak kata awak menangkan sains sosial...no wories.

    cUMA sains sosial agak menarik kerna ada hubungan ngan manusia.Sains tulen deal ngan perkara yg tak boleh bersuara.

    anyway, Amin...I LOVE!

    ReplyDelete
  4. science makes me feel stupid!

    if we don't feel stupid it means we're not really trying ;)

    ReplyDelete
  5. sains sosial ke sains tulen..dua2 ada kelebihan masing2...
    kitakan hidup saling melengkapi...macam tu la gan sains sosial n sains tulen

    ReplyDelete