Saturday, April 11, 2009

Tingkatan 2 - Sambungan

Seingat aku, masa tingkatan 1 (1995) kerajaan mula buat sesi sekolah Isnin-Jumaat. Sebelumnya Ahad-Khamis.

Macam mana aku boleh ingat? Sebab di blok tingkatan 2 ni (1996), kat bilik stor sebelah kelas yang aku cakap tu ada tulisan guna liquid paper yang protes - ala vandalisme - di atas dinding koridor.

Dalam siri catur yang tergantung dulu, aku dah cerita aku mula jadi juara negeri masa tingkatan 1 (1995), dan tingkatan 2 ni aku hanya dapat no. 3. Tapi aku pergi juga pemilihan Malaysia bawah 15 tahun tu di MPSA.

Tahun itu aku berlatih olahraga dan memang rasa fit gila babas. Setakat saja-saja nak lari 5km tu jentik rengkong je. Kami ikut Mahzian, juara 100m bawah 15 (perempuan). Dia junior kami. Dari sana cikgu Shaharim kesan aku sepatutnya jadi pelari jarak jauh dan aku reluctant.

Selain Mahzian, yang baik dengan kami Syed Tajul Malik. Kami panggil dia Muluk. Dia ni pelari 100m bawah 15 sebelumnya. Senior aku 2 tahun. Abang dia Syed Rafiul Baqhi adalah juara 100m bawah 18 Perlis. Abang dia dulu kira final list masa lari sekali dengan Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim. Tak silap aku dalam MSSM tu, abang dia dapat nombor 6. Muluk taklah sehebat abang dia, tapi masih dalam kategori hebat la di sekolah aku.

Selain Muluk ialah Tan Soon Chen, abang Tan Lian See budak batch aku. Dia ni memang pelari jarak sederhana dan jauhla. Teruk aku kena drill dengan dia. Tapi sangat puas hati. Terkesan bila tengok dia datang latihan padahal baru lepas eksiden. Pendek kata dia buat aktive rest la. Hanya datang jogging kekalkan stamina.

Selain aku, yang datang latihan ialah Asrul, Sayuti (Mat Uti) dan Nakhiz. Perempuan yang aku ingat Azila dan Rashima. Budak-budak lain (newcomers macam kami) bukan tak datang, tapi mereka sibuk dengan latihan tenis dan sebagainya.

Tahun tu juga Pak Jon marah aku sebab tak datang selection Piala Nike untuk main bola sepak. Pagi itu hujan lebat dan aku hanya kayuh basikal ke tempat pemilihan. Aku fikir pemilihan dibatalkan sebab hujan memang lebat tak ingat punya. Tapi sebenarnya sebagai sportsman, alasan ni memang lemah la. Sportsman akan main juga di mana-mana keadaan kecuali pengadil buat keputusan tangguh.

Apa nak buat. Tapi tengok muka Pak Jon memang dia terkilan la. Cipon dan Hanazie yang pergi pemilihan dapat. Malek memang dah jadi penjaga gol Piala Nike Perlis.

Oh lupa, junior kami masa tu juga ada seorang yang main negeri - Khairul Afimi. Dia ni kapten Piala Nike 1997 tak silap. Dia dan Khairul Amer (yang main Piala Nike 1995) sama je - juara pertandingan kemahiran masa Piala Nike.

Tahun ni juga sebenarnya ramai senior aku yang hebat-hebat dalam sukan dah tak ada. Mereka semua sekitar 80 orang telah diserapkan masuk ke Kolej Yayasan Saad Melaka sebagai batch pertama form 4. Tahun sebelum itu masa mereka bawah 15, kami masih juara ragbi bawah 15. Selepas tahun 1996, prestasi sukan sekolah aku dah mula bergolak, rasanya.



1 comment:

  1. Owh, nama saya tiada dlm list walau Tingkatan 2 saya dah mula lari dgn Rashima for 400m. Yerla, belum kenal kan? Berlatih tenis? Itu pasti Juita.. :)

    ReplyDelete