Gua masuk tingkatan 2 tahun 1996 - 2 Aktif. Sebelum masuk tingkatan 2 ni kami dapat berita sedih sebab Zarizal kena pindah Langkawi. Tapi masa hujung cuti tu, ayah dia meninggal dunia. Sempatlah aku ziarah bersama Jerry. Kemudian Za balik bersekolah di Derma. Hanya sempat sehari saja di Langkawi.
Masuk form 2 ni rasa macam senior sikit la. Almaklum dah ada junior-junior baru yang masuk. Aku tak berapa rapat dengan junior sampai form 5 kecuali budak-budak yang memang aku kenal masa sekolah rendah. Yang paling rapat tentu saja Muziman dan Shahril dari kelas 1 Tekun. Di sana juga aku kenal Pakcik dan lain-lain. Junior lain yang agak rapat dengan aku ialah Hafis Ramena. Tak silap aku pakcik dapat nama sebab masa kami gurau-gurau Din Beramboi "pakcik kayo!".
Tahun itu juga budak-budak gila main kereta Dash Yonkuro. Siap bawa ke sekolah dan kena rampas!
Tingkatan 2 ni macam aku darjah 2 juga, di hujung tingkat 4 tu ada bilik stor kosong dan kelas aku di sebelahnya. Kiranya kami buat port la untuk lepak. Tahun tu tengah gila muzik juga. Hoho, aku lupa, masa aku belajar main gitar lepas habis darjah 6 dulu, lagu pertama aku belajar main ialah About A Girl dan Come As You Are - Nirvana. Masuk tingkatan 2 ni dah mula layan Metallica dan Guns N' Roses.
Sebut pasal Metallica ni, agak poyo jugalah sebab di sekolah dulu kami selalu anjur Kejohanan Bola Sepak antara kelas - bawah 15 tahun. Seniorlah yang anjur. Team kelas aku nama Metallica! hehe. Siap jersi disponsor oleh kedai emas Fatimah milik emak Cipon (Saiful Akhmar, budak kelas aku - dia ni dulu couple dengan kakak Fasha Sandha, budak batch aku, Farah Sandha, hehe).
Budak-budak junior tingkatan 1 masa tu power juga main bola. Almaklum macam kelas 1 Tekun tu ada Razlan, anak Dato' Radzi Sheikh Ahmad. Depa training kat padang bola depan rumah Dato' Radzi tu. Memang nampak profesional habis siap ada bahagian pengurusan. Game depa pun cantik. Tapi sebab depa junior, kami senior memang tak bagi chance punya - body touch tu memang digunakan! hehe.
Senior kami memang badan besar-besar. Pulak tu ada Khairul Amer Hamid, bekas kapten Piala Nike 1995 - sama batch dengan Akmal Rizal. Budak batch aku ada juga yang main negeri - Malek dan Hanazie.
Selain daripada tu senior ada anjurkan kejohanan olahraga untuk budak tingkatan 2 saja. Tujuannya untuk cari wakil sekolah bawah 15 dan pelapis pasukan olahraga. Aku masuk 7 acara - dapat 3 emas dan 3 gangsa. Emas acara lompat tinggi, lompat jauh dan 4x100 (almaklum naib juara dan tempat ketiga 100 meter dari kelas aku - Nakhiz dan Cipon, masa tu juara Malek la). Gangsa untuk acara 4x400, 400 meter dan 4x200 meter.
Masa 1500 meter, aku tengah leading kat depan sekali, ada lagi 600 meter nak dihabiskan. Yang ikut belakang aku ialah Yeop dan Ruhil. Macam haram sungguh. Depa dua pemain tenis negeri, memang fit la. Selain tu budak-budak asrama yang memang Pak Jon train supaya fit. Gua masa tu ok ja, gua pun fit amat. Tapi tiba-tiba mind-set gua rasa malas nak lari. Selamba gua berhenti kat tepi. Pakat potong gua berabuk! Gua rasa menyesal, dan nak cover malu gua buat-buat baring kat tepi. Ceramuk senior-senior dalam PBSM berlari nak bantu gua, haha.
Lepas tu mulalah gua train bersama pasukan sekolah. Memandangkan Perlis kecil, cikgu kami mengajar pasukan negeri juga, kami diserapkan untuk berlatih bersama pasukan negeri. Memang best la berlari atas trek hari-hari. Tapi dapat rasalah, walaupun macam hebat di sekolah, masih jauh prestasi berbanding mereka yang dah lama berlatih cara yang betul. Bayangkanlah kami lari pun kaki dan tangan masih bersilang. Tak ada taktikal langsung. Stok lari gaya kampung punya.
Ah, tiba-tiba aku malas nak menulis, sambung kemudian. Aku nak makan, solat dan siap sedia nak buat kerangka hujah untuk malam ni - Astro Awani jam 8 malam, Bicara Awani.
Semoga aku tak merapu dan cakap benda-benda yang baik untuk semua :) Gua nak kipas Najib boleh tak? hehe
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment