Oh, hari ini aku dapat tahu Ustaz Rifae - ustaz aku masa darjah 6 rupanya telah terima anugerah Guru Cemerlang hujung tahun lalu. Itu pun dari satu blog ustaz yang lain. Tahniah untuk beliau. Semoga melalui blog itu, aku akan dapat berhubung dengan ustaz.
Aku lupa tulis masa hujung tahun darjah 4 atau darjah 5 kami ada buat satu persembahan. Ustaz Rifae jadi penasihat. Persembahan ini biasalah - tentang anak muda yatim di kampung susah payah dan kemudian sambung belajar di ibu kota, hanyut sebelum insaf dan balik ke kampung menyedari maknya meninggal. Tipikal. Persembahan ni juga pernah aku buat semasa Smart Camp 2001 dan juga Malam Seni Budaya Islam 2002 di kolej.
Watak aku masa sekolah tu lebih kepada pelakon pembantu. Watak utama masa tu siapa ya? Tak silap Dzul. Hanya kami, selain Zofar pun yang agak berbakat dalam bidang ni, hahaha. Aku ingat lagi ramai-ramai pakat gelak sebab masa darjah 6 kami ulang persembahan ni dalam Perkehmahan Badan Beruniform 1995 di Batu Pahat, Perlis. Bila tengok balik, pergh...apa jenis tarian aku buat di atas pentas waktu 'malam di disko' itu?
Darjah 6 Warie jadi Ketua Pengakap sekolah sebab keaktifan dan keupayaan dia menjerit. Aku pun boleh jerit, tapi aku tak aktif sangat pengakap. Tapi entahlah, aku rasa aku minat berkawad, haha. Mencabar beb nak buat yang terbaik dan masa tu rasa cool pakai baju uniform. Azreena buat persembahan solo masa perkhemahan tu - dan dia memang berbakat.
Oh ya, aku ada masuk pertandingan pidato. Entah apa nasib aku, cikgu pilih aku jadi johan dan Muzri tempat kedua. Muzri calon favourite masa tu sebab dia memang pandai bercakap. Aku ni bidan terjun. Tapi aku rasa cikgu pilih aku sebab isu yang aku bincangkan tu besar. Muzri pidato pasal pengaruh televisyen kepada kanak-kanak. Aku masih ingat waktu dia kata kanak-kanak terpengaruh dengan gaya Ultraman sambil menunjukkan aksi Ultraman. Tapi aku cerita pasal krisis hubungan Malaysia dan Australia yang sedang hangat masa tu. Aku ingat lagi pantung yang aku memandai buat masa tu:
Pergi kedai rambut digunting,
Kedai tutup hari Selasa;
Jangan diikut resmi Keating,
Kerana mulut santan binasa.
Haha, pantun apa entah. Keating ialah Perdana Menteri Australia waktu itu. Kiranya aku ni patriotik habis la waktu itu. Jenuh baca surat khabar masa tu. Tapi arena pidato, debat, forum dan sebagainya ni tak begitu kuat melekat pada aku even sampai masuk uni. Walaupun masa Pilihan Raya kampus, gegak gempita pidato aku dan pensyarah serta kawan-kawan memang tahu aku ni 'boleh bercakap', aku tak pernah ada minat yang mendalam tentang ini. Aku rasa aku hanya boleh cakap benda yang aku ada passion saja kot, atau benda yang aku lalui. Aku memang tak reti nak retorik dalam debat di uni. Dahlah tak boleh petik ayat Al-Quran atau hadis, semantik tak ingat punya...
1994 Sekolah Stella Maris mengetuai kontinjen Korobori Pengakap ke Johor. Seingat aku hanya 3 orang budak Seri Indra yang pergi - Warie, Fahdli dan Amir Akmal (rasanyalah, mungkin Warie boleh bagitau nama yang betul). Oh ya, aku tak ingat bila Amir masuk Seri Indra, tapi sekolah menengah dia dapat masuk sekolah idaman - Malay College Kuala Kangsar (MCKK), tapi hanya sampai PMR. Di Stella Maris, aku hanya kenal 4 orang seingat aku - Hazril a.k.a. In (ex-KYS sampai tingkatan 2), Bakti Jawi (ex-RMC), Nurul Zaidi (ex-SAS) dan Mat Noor.
Darjah 6 aku berkongsi kejuaraan lompat tinggi dengan (arwah) Helmi Harison. Masa tu persaingan 4 orang. Aku, Helmi, Sheikh Faizal (budak baru juga) dan Zarizal. Sebenarnya masa tu lompatan kami sama saja 1.15 meter (rendah sebenarnya ni sebab masa MSSM 1997 aku tengok bawah 12 Sabah relaks je lebih 1.30!). Tapi percubaan kedua aku dan Helmi saja lepas.
Aku dah cerita aku wakil negeri main catur masa darjah 6 ni. Ya, aku menang dengan Dhiaul di peringkat kawasan, jadi juara negeri dan di peringkat negeri dapat no. 2 keseluruhan. Aku hanya ingat aku kalah dengan Rodzali pusingan pertama (dia junior tapi wakil negeri), menang dengan abang dia, menang dengan Faiz (dua-dua pun wakil negeri), menang dengan Megat juara kawasan Jejawi dan Suhail (Jejawi) serta Lee Jun Seng (Padang Besar).
Ragbi Sentuh pun aku wakil negeri. Sayang betul kami kalah masa perlawanan akhir dengan Sekolah Ahmad Mad Isa (tak silap aku). Sebenarnya dulu sekolah tu masa perlawanan persahabatan kami buli saja. Aku tak main separuh masa pertama dan kami kalah pun 0-5 (satu touch). Kecewa pun apa nak buat? Tapi aku dapat wakil negeri dengan Zaidi (budak Perlis kenal kot Dee BMX). Aku hanya ingat sebahagian pemain - Yon dan Badri (Paya), Thavoon Sengsureeja (abang Chittana) dan Ketot (Tunjong), Sofian (PTD sekarang, dan dua orang budak Ahmad Mad Isa yang aku hanya ingat muka mereka).
Masa tengah latihan intensif keputusan UPSR keluar dan aku tahu aku akan masuk SM Derma (masa tu bukan SMK Derma lagi). Oklah, masih boleh jumpa kawan-kawan lagi...
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment