Hidup ini jika tidak ada jatuh bangun...hanya ada berdiri terus sepanjang masa, rasanya tidak seronok kan?
Aku tak tahu. Tapi aku rasa, tidak semua orang sanggup dalam situasi jatuh. Memang senang kita sebut roda hidup sentiasa berputar - kadang kita di bawah dan kadang kita di atas. Senang.
Tapi semasa di bawah, hanya mereka yang benar-benar ada di sana tahu apa rasanya. Hidup sekadar mengadu dan komplen memang mudah. Sekadar. Tapi berdepan dengan masalah dan ketepikan kepentingan diri demi sesuatu yang sepatutnya dikongsi bersama - katakan mungkin damai dan tenang - memang susah. Tapi memang resam ubat itu pahit.
Sebab aku percaya yang sukar itu sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita ikhlas, maka aku percaya pada kebebasan bersuara. Dalam lambakan bising manusia mahu berkata-kata, akhirnya kebebasan bersuara itu akan diimbang oleh kebebasan bersuara yang lain. Sudah tentu lelah dan letih juga mendengar kebebasan yang dipekik kosong atau penuh kebencian, atau penuh ketirisan maklumat, apatah lagi ketirisan jujur.
Hidup ini tidak mudah, sebab itu ia bermakna.
Setengah orang yang biasa hidup senang. Petik apa pun dapat, nak apa pun dapat... permainan? pakaian? alat tulis sekolah? wang belanja harian? dan macam-macam lagi, tentu ada beza dengan mereka yang memperolehnya dengan cara bersusah payah. Tapi bukan semua mereka yang senang dapat itu buruk sikapnya.
Adab satu perkara yang perlu dilatih, agar kita tidak jadi biadab. Di sana kebebasan bersuara akan teratur spontan. Harap-harap. Jika tidak, kedaulatan undang-undang yang layak menghukum.
Tolong orang miskin memang baik. Robin Hood mungkin akan dianggap hero di kalangan orang miskin. Tapi mencuri bukan satu benda yang baik. Hidup tidak cukup sekadar kaya. Sebab itu Islam jadi tinggi.
Islam pada mesej revolusinya menegaskan bahawa semua manusia itu sama di sisi Allah s.w.t. dan yang membezakannya ialah taqwa. Taqwa bentuknya nilai dan diterjemahkan dalam amal. Taqwa tidak memilih sama ada kau Melayu atau bukan. Jeritlah puas-puas konon kau Melayu-Muslim...kita tak akan boleh tipu Allah s.w.t.
Sebab itu aku selalu takut. Aku banyak dosa. Dan sebab itu aku selalu harap Allah s.w.t. ampunkan aku, fahamkan aku, kuatkan aku dan redha pada aku. Itu hal hablunminallah, hablunminannas lain pula. Sebab tu aku tak malu untuk minta maaf dan paling lambat mahu 'haram'kan sesuatu dan sumbat orang ke neraka. Itu bukan aku kerana aku tahu batas ilmu aku. Aku bagus? Dah lama aku tahu tentang itu. Aku teruk? Juga dah lama aku tahu tentang itu.
Sebab itu aku harap bahagian buruk aku ini boleh ditampung dengan kasih sayang orang ramai. Dan kasih sayang yang banyak dalam kelebihan aku mahu aku tampung pada jeliknya sikap yang ada pada orang lain - jika mampu.
Yang sempurna itu hanya di kehidupan sana *tunjuk langit
Sebab itu mereka yang paling bijak ialah mereka yang paling banyak ingat mati...
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment