Saturday, February 21, 2009

Aku dan (Arwah) Tok Wan Sebelah Ayah

Aku tak begitu pasti tapi rasanya pada tahun 1993, masa aku darjah 5. Waktu itu aku baru nak balik dari kelas petang dan terserempak dengan kak Imah (jiran aku) semasa kayuh basikal di bulatan (roundabout) Kangar (Perlis ada bulatan ni saja kot yang besar? hehe, Perlis rawk!).

Kata Kak Imah "Amin, mak ayah hang dok tunggu kat rumah. Tok Wan hang meninggal". Aku tak tunggu konon terus pecut balik. Sudahnya rantai basikal jatuh dan lekat! Potong stim sungguh...

Maka berjalan sambil tuntun basikal tu balik ke rumah. Kami sekeluarga bersiap. Jam 8 kami pergi makan di bandar Kangar dan terus ayah pecut kereta ke Kuala Lumpur. Kami sampai dalam pukul 4 pagi.

Dulu sebelum Tok dan Tok Wan pindah Dato' Keramat, mereka tinggal berdekatan dengan rumah Pak Chaq di Derga, Kedah. Tok Wan pendakwah dan guru agama. Rumah Tok Wan sunyi. Kalau malam tu hanya guna lampu pelita saja. Aku sebagai budak kecil masa tu memang rasa tak berapa seronok la pergi rumah Tok Wan.

Aku tak begitu ingat bila Tok Wan pindah ke KL. Ia tak lain tak bukan kerana anak-anak Tok Wan ramai yang menetap di sana. Dulu kalau nak pi KL tu rasanya setahun sekali. Ada juga la selang setahun kadangkala.

Pergi KL pun rasa tak bebas. Tok Wan garang. Aku ni jenis suka menyanyi sambil bermain buaian. Tok Wan biasa akan keluar bawa rotan dan marah sebab dia nak mengaji. Lagi satu kalau masa makan, TV tutup. Cuma satu yang aku suka ikut Tok Wan ialah duduk gaya sunnah semasa makan. Benda ni aku selalu amal kalau makan letak pinggan atas lantai.

Tok Wan dulu satu guru dengan Ustaz Hanafi Silat Cekak, itu kata Paksu dan Pak Njang. Anak-anak murid Tok Wan ramai dan merekalah antara yang membantu pengurusan jenazah Tok Wan selain daripada anak-anak Tok Wan.

Tok Wan mati disebabkan penyakit tibi.

Pak Ngah kata, aku cucu yang paling berpotensi untuk ikut jejak Tok Wan. Maksud Pak Ngah dari hal cepat belajar ilmu agama. Err, aku tak tahu. Aku rasa jauh panggang dari api kot? Tapi aku tak nafikan minat aku pada subjek agama dan berkaitannya cukup tinggi. Aku sentiasa cuba faham dan amal khusus tu cuba baiki. Dari hal amal umum, aku juga cuba yang terbaik.

Hei, come on, aku bukan nabi dan sama macam manusia yang lain. Tak sunyi buat silap tapi tak berminat nak bangga dengan kesilapan dan dosa aku. Dari hal kebaikan dan pencapaian, pada aku eloklah kita galakkan orang tanpa perlu rasa kita yang terbaik.

Yang terbaik itu belum tiba, dan ia hanya ada di dunia sana...dekat di sisi Tuhan.

* Satu ingatan juga untuk arwah Sudirman Haji Arshad yang pergi pada 22 Februari.

1 comment:

  1. Allahyarham Tok Wan pindah pi kl sehari selepas Pak Su amik SPM di Kolej Sultan Abdul Halim.

    tapi Tok Wan pindah dulu baru yang lain official ikut.

    Aku yang terima berita tu.waktu tu semua takdak dirumah.mak ayah di mata ayaq. aku call rumah chu lin suruh habaq kata Tok Wan Meninggal.Mak Teh Pak Uda yang telepon.

    dan malam tu kami makan satay puas puas sebelum berangkat ka KL.sampai KL kul 4 pagi.

    Ayah saorang pemandu tegar!..

    ReplyDelete